JOHOR BAHRU: Parlimen Pulai akan menjadi permulaan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk menambah jumlah kerusi sekali gus mengukuhkan kedudukan di Dewan Rakyat.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai ini akan memastikan referendum rakyat dibawa ke Putrajaya sekali gus memberi gambaran isyarat penting perubahan kerajaan.
"Ada yang dakwa PRK Pulai ini, tak jadi apa sebab kecil sahaja. Namun ia sebenarnya ada makna besar sebab Ahli Parlimen yang menang nanti akan bersuara bagi pihak kita (PN) di Parlimen.
"Apatah lagi PN memiliki jumlah kerusi agak besar di Parlimen, kerajaan boleh berubah bila-bila masa sahaja. Kita memerlukan tambahan kerusi ini (Parlimen Pulai) dan beberapa lagi (kerusi) jadi kita harap bersabar.
"Kita juga minta ahli UMNO yang insaf juga supaya berani berubah. Ini kerana kerajaan akan berubah pada bila-bila masa, itu boleh berlaku, jangan bimbang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi dialog rakyat di Pejabat PAS Pulai, pada Ahad.
Hadir sama, Naib Presiden Bersatu, Datuk Radzi Jidin; Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman yang juga Ahli Parlimen Bachok; Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan PN bagi Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sebelum ini, Abdul Hadi mendakwa kemenangan PN dalam PRN tersebut membolehkan perubahan di peringkat Pusat berlaku.
Menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pakatan Harapan (PH) memiliki kerusi terbanyak di Parlimen dengan 82 kerusi, diikuti PN dengan 73 kerusi, manakala BN hanya menguasai 30 kerusi.
Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, momentum gelombang PN mulai dirasai pada PRK Pulai dan DUN Simpang Jeram, berdasarkan sambutan pengundi ketika ceramah dan kempen diadakan.
"Setakat ini, perkembanganya sangat positif dengan sambutan bila kita (PN) mengadakan ceramah dan kempen rumah ke rumah.
"Maklum balas daripada pengundi juga sangat baik membuktikan gelombang PRU15 tidak berhenti malah dapat dilihat dengan nyata pada PRN di enam negeri dan kini di dua PRK Johor," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 27 2023

Abdul Hadi berkata kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai ini akan memastikan referendum rakyat dibawa ke Putrajaya sekali gus memberi gambaran isyarat penting perubahan kerajaan. - Gambar fail

Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar 'Bantuan Ramadan'
Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan 'Bantuan Ramadan'.

Paetongtarn, Anwar bincang mitigasi banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan
Paetongtarn dan Anwar Ibrahim, mengadakan perbincangan mengenai tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan pada Khamis.

Imigresen serbu pusat hiburan, tahan 80 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 80 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seri Kembangan, Selangor malam tadi.

Bunuh: Penganggur minta hukuman mati dikekalkan jika rayuan ditolak
Panel tiga hakim turut menjatuhkan hukuman sebatan 12 rotan ke atas tertuduh.

Masters Orleans: Zii Jia mara ke suku akhir
Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, mara ke pentas suku akhir Masters Orleans selepas menundukkan wakil India Srikanth Kidambi pada aksi pusingan kedua di Perancis hari ini.

Integriti tunjang masa depan Sarawak - Timbalan Premier
Integriti bukan sahaja sebahagian daripada usaha nasional untuk membina negara bebas rasuah, tetapi ia adalah nilai yang sangat diutamakan Sarawak.

Dua individu rugi lebih RM400,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Polis mengesahkan seorang akauntan dan pesara guru menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan sehingga mengakibatkan kerugian keseluruhan RM414,902.67.

Mantan Timbalan Naib Canselor USM Tan Sri Dr Kamal Salih meninggal dunia
Bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik) Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Dr Kamal Salih meninggal dunia hari ini, di kediamannya di Southville City di Dengkil, Selangor.
Tumpuan Jumaat – 7 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.

Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.

MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap

Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.

PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.

PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.

PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.

Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.