Perikatan Nasional (PN) perlu mencari formula pembahagian kerusi yang adil dan saksama bagi memastikan kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pengerusi Yayasan Penggerak Wawasan (YPW), Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, kesepakatan mengenai pembahagian kerusi adalah asas kukuh yang akan menentukan masa depan PN.
Selain itu, katanya semua pemimpin parti komponen perlu terus komited dengan sokongan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri selepas PRU-15.
Jelasnya, sekarang adalah masa sesuai untuk membentuk formula pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lebih wajar membabitkan semua komponen PN.
"Adalah amat perlu di dalam muzakarah yang akan datang, komponen dalam PN menunjukkan keikhlasan kepada Muhyiddin selaku Presiden dan Pemangku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Ia asas kejujuran terutama bagi UMNO dan Pas dalam membuat konsesi pembahagian kerusi Parlimen dan DUN pada PRU-15 akan datang.
"Sebagai satu daripada pemain (utama) dalam pasukan PN, Bersatu sewajarnya diperuntukkan sejumlah kerusi yang setaraf dengan posisinya sebagai parti yang menerajui kerajaan PN yang ada sekarang dan akan datang," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, pada Ahad.
Dalam pada itu kata Rahim, jumlah kerusi yang dimiliki oleh parti komponen PN ketika ini tidak relevan dan tidak boleh dijadikan asas bagi pengagihan kerusi pada PRU-15 nanti.
"Ini disebabkan senario yang berlaku sebelum dan selepas PRU-14 amat berbeza sekali. Risiko politik yang wujud amat sukar diramal malah belum tentu positif seperti yang dicanangkan selama ini.
"Tahniah kepada pemimpin komponen dalam PN yang membuat kenyataan menyokong Muhyiddin serta mahukan beliau menjadi perdana menteri semasa dan selepas PRU-15 jika PN menang.
Ini satu kenyataan politik yang bijak.
"Namun dari segi kompromi kolektif, masih lagi intisarinya kosong bila soal pembahagian kerusi dalam PRU-15 tidak disentuh langsung," ujarnya.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini menafikan Muafakat Nasional (MN) tidak mempunyai calon berkelayakan untuk diangkat sebagai perdana menteri kerana menyokong pencalonan Muhyiddin bagi mengisi jawatan itu selepas PRU-15.
Beliau menjelaskan, keputusan terbabit dibuat atas dasar kerjasama dalam PN selain penerimaan yang ditunjukkan rakyat terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu sendiri.
Astro Awani
Sun Jul 05 2020
Rahim berkata, pembahagian kerusi adalah asas kukuh kemenangan PN pada PRU-15. -Bernama
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan
Penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil.
G20 setuju kenakan cukai 15% ke atas keuntungan firma besar
Keputusan ini susulan kebimbangan firma besar mengalihkan keuntungan mereka ke wilayah dengan kadar cukai rendah.
Institusi kewangan Islam, cendekiawan syariah berperanan penting dalam pemulihan COVID-19
Kewangan Islam perlu memastikan aspek seperti perkhidmatan kewangan dapat menambah nilai serta menghasilkan impak positif ke atas ekonomi dan kemaslahatan masyarakat.
Kerajaan jamin kes kematian Adib dapat pembelaan sewajarnya - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, penelitian lanjut termasuk melakukan pelbagai proses siasatan akan dijalankan dalam masa terdekat.
Ubah fakta sejarah perbuatan jenayah intelek, keilmuan - Sultan Nazrin
Tindakan mengubah fakta sejarah merupakan perbuatan tidak adil dan satu perlakuan jenayah intelek serta jenayah keilmuan yang menafikan hak generasi akan datang untuk memperoleh fakta sebenar, demikia
Judi Sungai Buloh: Rombakan dalaman diputuskan selepas siasatan selesai - KPN
Beliau berkata pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu berlaku adil dan menyiasat terlebih dahulu dakwaan salah laku pegawai dan anggota IPD Sungai Buloh berhubung isu perjudian itu.
Tiada diskriminasi dalam pengendalian COVID-19 - KP Kesihatan
Tiada diskriminasi berdasarkan kerakyatan sama ada warga tempatan, pendatang asing yang masuk secara sah atau tanpa dokumen kerana semua mereka disaring dan menerima rawatan yang sama di hospital.
Amanah gesa SPRM bersikap profesional siasat Setiausaha Politik Mat Sabu
Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Hatta Md Ramli menjelaskan pihaknya yakin Mohd Azhar mampu memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan SPRM
PN perlu segera cari formula agih kerusi PRU-15 - Rahim Tamby Chik
Perikatan Nasional (PN) perlu mencari formula pembahagian kerusi yang adil dan saksama bagi memastikan kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Vidal berang Barcelona tidak bayar bonus penuh
Vidal telah mengemukakan aduan terhadap pasukannya itu kepada pihak LaLiga dan Persatuan Pemain Bolasepak Sepanyol.