KUALA LUMPUR: Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar 'Mr H' susulan isu rakaman video tular mengenai perbualan lucah yang dikaitkan dengan dua individu termasuk Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti individu berkenaan seperti yang turut dikaitkan dalam kes terbabit.
"Perkara itu masih dalam siasatan dan polis akan memanggil semua yang terlibat dalam kes ini," kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan siasatan kes terbabit telah diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk siasatan lanjut.
Beliau turut memberitahu, pihaknya telah selesai merakam keterangan Mohammad Agus.
"Keterangan beliau (Mohammad Agus) telah diambil pada Jumaat selepas laporan polis dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang," katanya.
Pada Jumaat, dalam sidang akhbar, Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa dia diarahkan oleh seorang individu berjawatan tinggi dikenali Mr H untuk merakam satu klip video bagi memerangkap bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.
Abdul Wahab, 33, mendakwa Mr H pernah membuat beberapa pertemuan dengannya dan menawarkan jawatan lebih tinggi sebagai habuan.
Dalam pada itu, Mohammad Agus yang meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab dengan niat mahu menjatuhkan reputasinya.
Siasatan polis dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Pada Khamis, satu rakaman video berdurasi 3.03 minit membabitkan kes berkenaan tular hingga menjadi topik hangat di media sosial. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 18 2023
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti individu berkenaan seperti yang turut dikaitkan dalam kes terbabit. - Gambar fail
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Jabatan Peguam Negara arah polis lengkapkan lagi kertas siasatan kes Agus-Wahab
Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat lalu.
Wahab dakwa gangguan seksual berlaku di Bintulu - KPN
Polis menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.
'Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa tindakannya membuat laporan polis adalah mahu membersihkan namanya dalam kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah.
Tiada keperluan dedahkan identiti 'Mr H' - KPN
Identiti individu yang digelar sebagai 'Mr H' tidak akan didedahkan.
Wahab tampil buat laporan di IPD Kajang
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada Khamis.
Identiti ‘Mr H’ masih misteri - Polis
Mohd Shuhaily berkata identiti Mr H juga masih misteri kerana hanya Abdul Wahab yang dapat mengesahkan individu berkenaan.
Video tular: Polis panggil 'Mr H', minta Abdul Wahab tampil
Polis akan memanggil dan merakam keterangan individu dinamakan sebagai 'Mr H' yang dipercayai dikaitkan dengan perbualan video tular.
Che'gu Bard cabar Abdul Wahab dedah identiti 'Mr H'
Chegu Bard mencabar Penolong pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani supaya mendedahkan identiti 'Mr H'.
Polis siasat siapa 'Mr H'
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar 'Mr H' susulan isu rakaman video tular mengenai perbualan lucah yang dikaitkan dengan dua individu.
‘Saya diperguna, dijadikan kambing hitam’ - Abdul Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, mendakwa dirinya dipergunakan dan dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu sehingga terpalit dengan isu video tular melibatkan Datuk Dr Mohammad Agus Yusof.