SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berkaitan dakwaan melibatkan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Datuk Farhash Wafa Salvador yang dituduh menjadi individu bertanggungjawab menarik sokongan beberapa ahli Parlimen pembangkang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah menerima laporan yang dibuat oleh bekas Pengerusi PKR Perak itu.
"Siasatan sudah dimulakan dan dijalankan secara lanjut setakat ini.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya pada Jumaat.
Selasa lalu, Farhash memaklumkan akan membuat laporan polis dan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Beliau berkata, tindakan itu diambil susulan tuduhan Wan Ahmad Fayhsal kononnya beliau antara dua individu yang bertanggungjawab menarik sokongan beberapa wakil rakyat pembangkang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui sogokan.
Jelasnya, beliau tidak memahami tindakan Wan Ahmad Fayhsal yang melontarkan fitnah dengan niat untuk menjatuhkan reputasi dan kehormatan demi kepentingan politik.
Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini mendakwa Farhash dan seorang lagi individu dikenali sebagai “Datuk Botak” adalah individu dalam satu video yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
Ini berikutan tindakan empat ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kerajaan dengan alasan untuk mendapatkan peruntukan untuk kawasan mereka. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 17 2023

Razarudin berkata, pihaknya telah menerima laporan yang dibuat oleh bekas Pengerusi PKR Perak itu. - Gambar fail
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.

'Harmoni dalam kepelbagaian' jadi tema hala tuju KPN 2025
'Harmoni dalam kepelbagaian' telah dipilih sebagai tema dan landasan utama hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menuju perpaduan dalam kepelbagaian pada tahun 2025.

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".

Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.

Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.

Tingkat keharmonian masyarakat agenda penting Kementerian Perpaduan - Saraswathy
Meningkatkan keharmonian masyarakat merupakan satu daripada agenda penting ditetapkan dalam hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) selaras dengan agenda nasional membangun Malaysia MADANI.

Tahap integriti polis masih membimbangkan - KPN
Tahap integriti warga PDRM masih membimbangkan walaupun peringatan dan amaran diberikan berulang kali mengenai perkara berkenaan.

Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.

Sanggar Puisi Perpaduan 2024 memupuk benih perpaduan melalui bahasa, sastera
Pelaksanaan program ini juga suatu platform untuk membangkitkan minat dan cinta terhadap puisi.

Karnival Baca Perdana 2024: Pemacu perpaduan dan pembudayaan ilmu
Karnival Baca Perdana 2024 anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia dijangka menjadi jambatan penghubung masyarakat berbilang kaum melalui buku dan bahan bacaan.