SISTEM demokrasi adalah sebuah sistem yang mendapat tempat di kebanyakan negara namun mempunyai tafsiran dan kaedah pelaksanaan yang berbeza di antara satu negara dengan negara yang lain.
Secara umumnya, demokrasi adalah sebuah tatacara pemerintahan yang berdasarkan suara rakyat yang diterjemahkan melalui undian kepada calon yang difikirkan layak.
Walau bagaimanapun, tafsiran demokrasi yang berbeza antara negara telah menyebabkan wujudnya pelbagai sistem sama ada yang berbentuk republik mahupun dual sistem.
Sebagai salah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, Malaysia menyesuaikan demokrasi dengan nilai-nilai tradisi yang terdapat di negara ini iaitu Islam dan institusi beraja.
Bukan sahaja Malaysia, namun setiap negara dalam sistem antarabangsa juga menyesuaikan sebarang sistem sama ada demokrasi, komunisme mahupun monarki mutlak dengan nilai-nilai tradisi negara masing.
Sebagai contoh, komunisme di China berbeza dengan komunisme di Kesatuan Soviet pada satu ketika dahulu sehingga menyebabkan kedua-dua negara, sekalipun menganut sistem yang sama, berselisih dan bertelagah dalam pelbagai perkara. Begitu juga dengan dua sekutu rapat iaitu Amerika Syarikat dan Britain.
Walaupun bersekutu dalam banyak hal, namun corak demokrasi yang diamalkan oleh kedua-dua buah negara berbeza di antara satu sama lain yang mana Amerika Syarikat mengamalkan corak demokrasi berpresiden manakala Britain mengamalkan corak demokrasi monarki.
Sistem politik di sesebuah negara mempunyai peranan yang cukup penting dalam memberikan kestabilan, keharmonian, kemakmuran seterusnya melestarikan kelangsungan kedaulatan sesebuah negara itu.
Sekiranya keadaan politik di sesebuah negara tidak stabil dan huru hara, maka ia akan menggugat tatanan kehidupan masyarakat di negara tersebut.
Maka, sewajarnya untuk melahirkan sebuah negara yang bahagia, berdaya saing dan maju, politik seharusnya stabil dan kukuh tanpa ada sebarang rampasan kuasa, lompat parti mahupun perletakan jawatan secara sengaja untuk memberikan laluan kepada individu lain.
Sesebuah negara hanya akan maju dan berdaya saing jika mempunyai pemimpin dan ahli politik yang mempunyai keikhlasan berjuang demi negara.
Pasca Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) pada tahun 2018 memperlihatkan pelbagai situasi politik yang tidak pernah dialami oleh negara semenjak merdeka.
Bermula dengan kejatuhan Barisan Nasional sebagai parti kerajaan dan digantikan dengan Pakatan Harapan, pengunduran parti-parti komponen Barisan Nasional yang kemudiannya menyertai Pakatan Harapan atau bergerak secara sendiri, lompat parti oleh ahli-ahli yang berhormat, pengosongan kerusi parlimen secara sengaja, pertuduhan mahkamah kepada sebahagian besar ahli-ahli politik dengan berbagai tuduhan salah laku dan penyelewengan, peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7, kejatuhan Pakatan Harapan sebagai parti kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU14, pembentukan kerajaan yang rapuh, kekacauan politik yang menjurus perletakan jawatan Perdana Menteri ke-8 dan kembalinya wakil UMNO menduduki kerusi Perdana Menteri ke-9 adalah situasi yang menggambarkan betapa keadaan politik Malaysia berada dalam keadaan yang sangat gawat dan tidak stabil.
Tiga orang Perdana Menteri silih berganti di dalam satu penggal adalah manifestasi betapa keadaan politik Malaysia dewasa ini berada di dalam keadaan yang genting dan gawat.
Oleh kerana itu, sosialisasi dan literasi politik perlu diperluaskan kepada masyarakat agar sistem demokrasi digunakan dengan sebaiknya dengan memilih parti dan calon yang berkebolehan dan berintegriti. Persoalannya, pilih parti atau calon?
Segelintir dari kita pasti mempunyai ideologi dan kecenderungan masing-masing, maka secara tidak langsung mempunyai nilai romantis kepada sesebuah parti atau pemimpin tertentu, apatah lagi parti politik tersebut telah lama wujud di dalam sistem politik negara kita.
Namun, romantisme yang berdasarkan sejarah dan budi perlu diketepikan kerana sesebuah parti hanya akan berfungsi dengan cemerlang sekiranya ia digerakkan oleh pemimpin-pemimpin yang berkebolehan dan berintegriti.
Pemimpin datang dan pergi, begitu juga dengan keberkesanan sesebuah parti politik. Kerana ia bergantung dengan sejauh mana seseorang individu pemimpin itu menggerakkan parti tersebut demi kesejahteraan negara.
Sebaik mana pun dasar perjuangan sesebuah parti jika ia digerakkan oleh individu atau kumpulan yang korup, maka parti tersebut tidak akan mampu berperanan dengan baik sekaligus menghakis kepercayaan masyarakat kepada parti tersebut.
Keadaan politik dewasa ini menuntut kita sebagai masyarakat untuk benar-benar faham dan bijak menilai siapakah yang wajar memimpin negara agar tidak jatuh ke jurang kebinasaan.
Demokrasi memberikan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin, namun demokrasi juga hadir bersama-sama cabaran kepada rakyat untuk bijak memilih tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen dan romantisme sejarah sesebuah parti.
Setiap individu rakyat perlu bijak mengetahui dan menilai seseorang calon terlebih dahulu sebelum parti kerana calon yang akan memenangi pilihan raya akan menjalankan dasar-dasar parti sekaligus memberikan khidmat kepada masyarakat di kawasan masing-masing.
Calon yang berkebolehan dan berintegriti pasti seorang individu yang mempunyai jati diri yang ampuh, maka tidak mudah atau mustahil bagi calon tersebut apabila memenangi pilihan raya akan meninggalkan perjuangan utamanya iaitu menjaga kepentingan masyarakat yang diwakilinya.
Pemimpin yang mempunyai jati diri yang ampuh dan berintegriti juga tidak akan menjadikan dirinya sebagai bahan komoditi untuk dijual beli kerana baginya amanah pemilih yang mengangkat dirinya sebagai pemimpin adalah perkara yang menjadi keutamaan, bukan kepentingan tembolok diri sendiri dan kroni.
Bak kata pantun Melayu lama:
Kalau mencari tempat mandi
pertama teluk, kedua pantai
Kalau mencari pemimpin sejati
Pertama elok, kedua pandai
Untuk mencari pemimpin sejati perlu melihat perwatakan, budi bahasa dan akhlak yang baik. Pemimpin yang mempunyai sejatah salah laku perlu diketepikan sekalipun mereka telah lama berada di dalam landskap politik negara.
Kebijaksanaan pemimpin juga perlu dinilai dengan sebaiknya oleh masyarakat dengan melihat tahap pendidikan yang merangkumi akademik dan negara.
Melalui pendidikan, seseorang itu mempunyai kebarangkalian memiliki tahap moral yang tinggi kerana itu adalah tujuan bagi pendidikan.
Pendidikan bukan untuk menghasilkan indvidu yang bijak namun jauh lebih itu adalah melahirkan individu yang berakhlak.
PRU15 kemungkinan besar bakal menjelma tahun hadapan. Adakah kita telah bersedia menjadi “tangan-tangan” yang akan memberikan kebaikan kepada negara atau “tangan-tangan” yang akan membinasakan negara?
Jangan tepuk dada tanya selera, kerana selera hanya akan mengutamakan apa yang nafsu inginkan, namun tanyalah akal kerana akal yang rasional akan memandu kita untuk memilih pemimpin-pemimpin yang terbaik kepada negara yang kita cintai.
Kita pernah mempunyai pengalaman menukar kerajaan, kini kita juga perlu menukar sudut pandang kita tanpa dipenagruhi oleh sentimen dan romantisme sejarah kepartian.
Sekali lagi ditegaskan, memilih calon yang terbaik akan memaksa sesebuah parti mengutamakan calon yang dikehendaki rakyat bukan atas dasar senioriti mahupun kehendak warlord politik. Tanggungjawab terletak kepada kita sebagai rakyat Malaysia!
* Hisyam Basabah merupakan penulis bebas dan penganalisis sosial.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Hisyam Basabah
Sat Oct 02 2021
![Politik Malaysia: Pilih parti atau calon? Politik Malaysia: Pilih parti atau calon?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633158893_beraturBangsar.jpg)
PRU15 kemungkinan besar bakal menjelma tahun hadapan. Adakah kita telah bersedia menjadi 'tangan-tangan' yang akan memberikan kebaikan atau binasakan negara? - Astro AWANI
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738669058_tbSPRM.jpg)
SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Isu garis panduan JAKIM hangatkan sesi Parlimen
"Cadangan menetapkan garisan panduan bukan saja bertentangan dengan semangat perpaduan negara, malah akan memperdalam jurang antara kaum serta agama," kata Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dua warga Indonesia mengaku tidak bersalah miliki dan jual senjata
Dua lelaki Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth diatas pertuduhan berdagang senjata api.
22 individu mengaku tidak bersalah tuduhan jenayah terancang
22 individu dikaitkan dengan GISB, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![Pemilihan kepimpinan pusat PKR pada 24 Mei Pemilihan kepimpinan pusat PKR pada 24 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737903644_FuziahSalleh.jpg)
Pemilihan kepimpinan pusat PKR pada 24 Mei
Pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.
!['Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara 'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707468608_TengkuMaimun.jpg)
'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, tempoh enam tahun pentadbirannya di bawah empat Perdana Menteri, semuanya daripada gabungan politik berbeza.
!['Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul 'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724315701_TBZAFRUL.jpg)
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
![Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81696077703_SaraswathyKandasamy.jpg)
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
![Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702121138_TBAhmadSamsuri.jpg)
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
![Perpecahan dalaman boleh lemahkan PBB - Uggah Perpecahan dalaman boleh lemahkan PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733064413_uggah.jpg)
Perpecahan dalaman boleh lemahkan PBB - Uggah
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keperluan untuk semua ahli parti berkenaan supaya bersatu semakin mendesak.
![AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu undang kekalahan Trump - Diaspora Malaysia AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu undang kekalahan Trump - Diaspora Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730716429_tbShafiqNajib.jpg)
AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu undang kekalahan Trump - Diaspora Malaysia
Persepsi buruk calon Presiden AS dari Parti Republikan, Donald Trump terhadap golongan pendatang di negara itu mampu menyumbang kepada kekalahannya pada Pilihanraya Presiden, Selasa ini.
![AS Memilih: Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar AS Memilih: Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730728452_TBTrump.jpg)
AS Memilih: Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar
Sokongan daripada golongan selebriti dan pempengaruh media sosial memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda membuat keputusan dalam memilih Presiden Amerika Syarikat.
![Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605367377_MohammadFajarIkhsa.jpg)
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
![Tak salah berunding untuk tubuh kerajaan - Nazri Tak salah berunding untuk tubuh kerajaan - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81597744530_DSNazriAziz.jpg)
Tak salah berunding untuk tubuh kerajaan - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan rundingan antara parti untuk membentuk kerajaan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi.