SEREMBAN: Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka wajar ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum reda di negara ini.
Mohamad berkata kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar mempertimbangkan pandangan daripada pakar perubatan atau kesihatan mengenai kesan kepada negara dan rakyat sekiranya PRN tetap dilaksanakan.
Katanya ramai pihak bimbang jika tercetus sekali lagi gelombang jangkitan COVID-19 seperti yang berlaku selepas PRN Sabah tahun lepas.
"Walaupun kadar vaksinasi penuh untuk golongan dewasa telah hampir 90 peratus, kadar jangkitan masih boleh menaik dengan mendadak.
"COVID-19 masih berada dalam komuniti, dalam hal ini kita perlu mendengar pendapat pakar perubatan dan pertimbangan sewajarnya perlu diambil," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada warga emas, ibu tunggal dan asnaf serta anak-anak yatim di Masjid Kampung Sega, Rantau di sini, hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Melaka Bergolak: Perlukah darurat diisytihar?
Pada 4 Okt lepas DUN Melaka dibubarkan kerana Kerajaan Negeri Melaka hilang majoriti dan berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dilaksanakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu.
Ia susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) - Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) yang hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Mohamad berkata kerajaan juga perlu mengambil kira faktor lain iaitu negara kini sedang dalam proses pemulihan ekonomi dan sosial susulan wabak maut itu dan rakyat juga baharu dapat meneruskan kehidupan harian seperti biasa justeru PRN Melaka wajar ditangguhkan.
Katanya sekiranya PRN Melaka tetap diadakan, SPR perlu menetapkan kempen pilihan raya dilakukan secara maya dan pengundian dibuat dalam tempoh beberapa hari dan bukannya sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021

Mohamad berkata kerajaan juga perlu mengambil kira faktor lain iaitu negara kini sedang dalam proses pemulihan ekonomi dan sosial susulan COVID-19. - Gambar fail

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637355929_SPRbersediaPRN.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR
Pengundi dinasihatkan supaya mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

PRN Melaka: Jentera BN bersedia, harap kematangan politik semua pihak - Ab Rauf
Jentera Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan
Ketika ini keputusan untuk menjalinkan sebarang kerjasama belum dimuktamadkan sehingga maklum balas dan maklumat diperoleh mencukupi.

Politik Melaka: UMNO putus agihan kerusi pada mesyuarat MKT akan datang
Isu agihan kerusi dan kerjasama antara parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang.

Politik Melaka: MKT UMNO sahkan keahlian Idris dan Norazman gugur
Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO pada Khamis malam.

Politik Melaka: UMNO perlu kerjasama banyak pihak - Annuar
Tan Sri Annuar Musa, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata sekiranya kerjasama itu ditolak ia akan merugikan parti.

Politik Melaka: UMNO tidak mampu bergerak solo hadapi PRN- Penganalisis
UMNO perlu mengatasi persepsi negatif terhadap parti itu lantaran terpalit dengan dakwaan sebagai punca kepada krisis politik yang berlaku di Melaka.

Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.

Politik Melaka: Norhizam diminta segera pulang kereta rasmi, aset kerajaan - SUK
Tindakan itu bertujuan menyelesaikan isu berkenaan agar tidak berlarutan sehingga mengganggu tugas penjawat awam.

Politik Melaka: Rakyat berharap Pemangku Agong dapat buat keputusan terbaik
Rakyat Melaka melahirkan kebimbangan kemungkinan berdepan peningkatan semula kes COVID-19 jika pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh terdekat.