KUALA LUMPUR:Pas membuat perubahan dengan mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Perak supaya hadir menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, dalam kenyataan ringkas malam Selasa, berkata mereka perlu hadir setelah menerima Titah Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.
"PAS sebagai sebuah parti yang sentiasa menghormati dan menjunjung kedaulatan institusi beraja sentiasa memastikan selayaknya sebarang urusan yang berkaitan dengannya perlu ditekuni dengan penuh teliti dan beradab.
"Adapun dalam hal kehadiran ke Istana Perak, disebabkan Pas tidak mahu terkhilaf dalam membuat keputusan terutama jika ia bersabit dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan, maka Pas mengarahkan semua ADUN Pas untuk hadir ke Istana setelah menerima Titah Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.
"Pas akan berusaha dan berikhtiar bersama rakan parti Perikatan Nasional (PN) untuk menyelesaikan kemelut politik Perak secara berhemat dan terbaik demi masa depan agama, bangsa dan negara," katanya dalam kenyataan tiga perenggan itu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG]: Tiada parti politik miliki majoriti mudah di Perak[LAPOR LANGSUNG]: Tiada parti politik miliki majoriti mudah di Perak
BACA: Semua ADUN Bersatu, Pas dititah menghadap, Sultan Nazrin perlu diyakinkan majoriti
Arahan terbaharu itu tiba selepas parti itu sebelum ini mengarahkan tiga ADUN membatalkan rancangan menghadap Sultan Nazrin Shah, di Istana Kinta, Ipoh, petang Selasa.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, dilaporkan berkata, keputusan pembatalan itu dibuat atas arahan pucuk pimpinan parti.
Tiga ADUN itu ialah Razman sendiri yang juga ADUN Gunong Semanggol; Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah).
Astro Awani
Tue Dec 08 2020

Datuk Takiyuddin Hassan berkata mereka perlu hadir setelah menerima Titah Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.
[TERKINI] Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.
Agenda AWANI: Rasuah kecil atau besar, lawan!
Bagaimana siasatan kes rasuah berprofil tinggi seperti yang melibatkan bekas pemimpin politik mempengaruhi persepsi dan keyakinan rakyat terhadap integriti institusi awam di Malaysia? Diskusi 8.30 malam

Curi RM300,000: Pegawai, anggota polis antara 21 individu diambil keterangan
Polis telah mengambil keterangan 21 individu termasuk dua polis masing-masing pegawai dan anggota yang didakwa mencuri RM300,000 di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Politik Perak: Pas arah ADUN menghadap Sultan
Mereka perlu hadir setelah menerima Titah Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.