KUALA LUMPUR:Sebarang keputusan berkaitan isu pemilihan Menteri Besar Perak yang baharu kini bergantung kepada pemimpin setiap parti politik, menurut Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin berkata Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi ada menyentuh mengenai pemilihan Menteri Besar baharu negeri itu.
"Isu Perak berjalan mengikut landasannya.. soal itu anda kena tunggu dan lihat apa yang diputuskan oleh kepimpinan setiap parti yang terlibat.
"...namun perkara itu tidak dibincangkan dengan terperinci dalam mesyuarat hari ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat yang bermula pukul 8.30 malam itu berakhir kira-kira dua jam kemudian, di Menara Dato' Onn di sini.
Antara yang terawal hadir ialah Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dan Presiden MIC Tan Sri S.A.Vigneswaran.
Turut hadir Ketua Pemuda BN Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon dan Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon.
Jawatan Menteri Besar Perak kini kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan Sabtu lepas apabila beliau gagal mendapat sokongan dalam usul undi kepercayaan Ahli Dewan terhadap Menteri Besar semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri sehari sebelumnya.
Semalam, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan kerajaan Perikatan Nasional Negeri Perak melibatkan ADUN daripada UMNO, Pas dan Bersatu perlu terus dipertahankan.
Mesyuarat parti itu juga bersetuju sebulat suara untuk mencalonkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu bagi menggantikan Ahmad Faizal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 09 2020

Hishammuddin ketika ditemu bual selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn malam tadi. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pemilihan kepimpinan pusat PKR pada 24 Mei
Pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, tempoh enam tahun pentadbirannya di bawah empat Perdana Menteri, semuanya daripada gabungan politik berbeza.

'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.

Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.

Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.

Perpecahan dalaman boleh lemahkan PBB - Uggah
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keperluan untuk semua ahli parti berkenaan supaya bersatu semakin mendesak.

AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu undang kekalahan Trump - Diaspora Malaysia
Persepsi buruk calon Presiden AS dari Parti Republikan, Donald Trump terhadap golongan pendatang di negara itu mampu menyumbang kepada kekalahannya pada Pilihanraya Presiden, Selasa ini.

AS Memilih: Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar
Sokongan daripada golongan selebriti dan pempengaruh media sosial memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda membuat keputusan dalam memilih Presiden Amerika Syarikat.

Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.

Tak salah berunding untuk tubuh kerajaan - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan rundingan antara parti untuk membentuk kerajaan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi.