Pemuda MCA menafikan berlaku perpecahan antara parti komponen Barisan Nasional (BN) malah setiap sayap pemuda perikatan itu akan bekerjasama membantu calon MCA berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.
Ketuanya Datuk Chong Sin Woon berkata perbincangan telah diadakan bersama setiap parti komponen untuk koordinasi tanggungjawab sewaktu tempoh 21 hari berkempen.
"Semalam pun ada wakil-wakil dari UMNO, Gerakan, MIC sewaktu penamaan," katanya kepada Bernama, selepas melancarkan jentera Pemuda MCA bagi PRK Balakong di Kg Baru Batu 11, di sini.
Mengulas lanjut, Chong menegaskan bahawa penggunaan logo MCA buat pertama kali bagi pilihan raya ini juga telah dipersetujui dalam mesyuarat BN sebelum ini.
"Lepas kita bincang, kita nak gunakan peluang ini untuk kita buat percubaan nak lihat sama ada kalau komponen parti bertanding atas tiket sendiri dia akan dapat undi lebih baik atau tidak. Ini penting untuk kita lihat hala tuju parti komponen kita, kita masih dalam keadaan mencari hala tuju masa depan," katanya.
Beliau berkata lebih 100 orang jentera Pemuda MCA akan turun padang antara lain bagi sesi ceramah dan mengedarkan risalah bagi kempen pilihan raya itu.
PRK DUN Balakong pada 8 Sept ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH) yang menampilkan pemimpin muda wanita daripada parti gabungannya DAP Wong Siew Ki manakala MCA mempertaruhkan ahli perniagaan Tan Chee Teong.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 19 2018

Chong (dua, kiri) dan Tan (tiga kiri) melaungkan kata-kata semangat bersama barisan jenteranya sempena pelancaran Jentera PRK Pemuda MCA bagi DUN Balakong di Batu 11 Cheras hari ini. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.