KOTA KINABALU:Barisan Nasional (BN) Sabah akan menyokong calon daripada mana-mana parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sekiranya parti dalam gabungan itu memilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pihaknya mendengar banyak khabar angin, antaranya seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di kawasan Batu Sapi berminat untuk bertanding, tetapi sehingga kini tiada calon daripada GRS disahkan bertanding.
"Sesiapa sahaja kita bantu, kita dalam gabungan (GRS). Khabar angin itu semua orang ada dengar, belum pasti siapa dicalonkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Sabah di sini hari ini.
PRK Parlimen Batu Sapi diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong daripada Warisan, yang meninggal dunia pada 2 Okt lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Nov ini sebagai tarikh penamaan calon, 1 Dis sebagai tarikh mengundi awal dan 5 Dis sebagai tarikh mengundi.
Pada 8 Okt lepas Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu tidak akan bertanding dalam PRK Parlimen Batu Sapi, manakala Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Jaujan Sambakong pada 6 Nov menyatakan parti itu sudah mengenal pasti calon.
GRS terdiri daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS, membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 baru-baru ini.
PN dianggotai Bersatu, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), dan Parti Progresif Sabah (SAPP), manakala BN dianggotai UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 13 2020

Bung Moktar berkata pihaknya mendengar banyak khabar angin, namun belum ada pengesahan calon daripada GRS akan bertanding. -Gambar fail

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ordinan, proklamasi darurat Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya dibatalkan
Perintah pembatalan itu mengikut Fasal (2B) Perkara 150 dan Fasal (1) dan (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Darurat langkah terbaik kekang COVID-19 - Pengundi Batu Sapi
Pembatalan PRK Parlimen Batu Sapi susulan Proklamasi Darurat yang diisytihar YDPA merupakan langkah terbaik, jelas pengundi Batu Sapi.

Batu Sapi: Hak rakyat pilih pemimpin perlu dilaksana selepas darurat - Warisan
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti berpendapat setiap rakyat di Batu Sapi perlu mempunyai pemimpin yang mewakili mereka.

Ini lima sebab PRK Batu Sapi perlu dielakkan
Mengambil iktibar penularan COVID-19 susulan PRN Sabah, Jemaah Menteri berpandangan lebih elok sekiranya PRK Batu Sapi dielakkan.

Darurat yang diisytiharkan tidak jejaskan kehidupan rakyat - PM
Tindakan itu hanya bertujuan untuk membatal dan menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi demi melindungi nyawa rakyat.

PRK Batu Sapi: Terpulang kepada pucuk pimpinan Bersatu - Azizah
PRK Parlimen Batu Sapi diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada 2 Oktober lepas.

COVID-19: Tiba masanya SPR perkenal undi pos, e-undi
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ia memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19.

PRK Batu Sapi: Pengundi, petugas SPR bimbang situasi semasa COVID-19
SOP bagi PRK Batu Sapi perlu diteliti susulan terdapat petugas SPR serta pengungi yang bimbang untuk melibatkan diri sewaktu PRK berlangsung.

Bersatu belum putus bertanding di PRK Batu Sapi - Masidi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

PRK Batu Sapi: BN Sabah akan sokong calon GRS - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menyokong calon daripada mana-mana parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sekiranya parti dalam gabungan itu memilih untuk bertanding dalam PRK Batu Sapi.