Dua calon Bebas yang merupakan anak tempatan Cameron Highlands akan berentap dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P078 yang akan diadakan pada 26 Jan ini.
Bekas pensyarah, Sallehudin Ab Talib, 61, menggunakan logo buku, membawa misi utama iaitu untuk membuat perubahan kepada kehidupan peneroka Felda.
Beliau yang juga merupakan generasi kedua Felda menyuarakan kerisauan tentang isu-isu yang menimpa peneroka.
"Saya juga mahu mempertahankan orang ramai, terutama pesara tentera, perkampungan tradisional Melayu dan perkembangan sosio-ekonomi bagi Komuniti Orang Asli yang jauh ketinggalan termasuk daripada segi pendidikan," katanya kepada wartawan di SMK Tanah Rata pada Jumaat.
Seorang lagi calon Bebas menggunakan logo cangkul sebagai simbolik kepada kerjayanya sebagai seorang peladang, Wong Seng Yee, mahukan perubahan mampan dilakukan di Cameron Highlands.
Beliau hadir menghantar borang pencalonannya pada Sabtu dengan berpakaian seperti seorang peladang, yang memakai topi jerami dan but getah berwarna kuning.
"Ini satu pilihan raya kecil sahaja. Saya akan bersuara untuk alam sekitar, komuniti peladang, sektor pelancongan serta komuniti Orang Asli," katanya.
Awal tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya SPR umumkan pertandingan empat penjuru bagi PRK ini yang melibatkan Manogaran daripada PH, Ramli Md Nor (Barisan Nasional) dan dua calon Bebas, Wong Seng Yee dan Sallehudin Talib.
Hari pengundian awal ditetapkan pada 22 Januari yang akan melibatkan 247 pengundi awal daripada jumlah keseluruhan pengundi 32,009.
PRK Cameron Highlands diadakan selepas penyandangnya Datuk C Sivarraajh hilang kelayakan bertanding atas tuduhan rasuah.
Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu yang membabitkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.
Sivarraajh memperoleh 10,307 undi menewaskan M Manogaran (9,710 undi); Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi).
Manogaran, 59, memfailkan petisyen pilihan raya pada 4 Jun lalu, memohon pengisytiharan keputusan PRU-14 untuk kerusi Parlimen itu terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Arfa Yunus, Isabelle Leong
Sat Jan 12 2019

Calon Bebas, Wong Seng Yee (dua, kiri) mahukan perubahan mampan dilakukan di Cameron Highlands. -Astro AWANI

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon Bebas lancar manifesto, kemuka 20 tawaran
Calon Bebas Nyau Ke Xin hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang mengandungi 20 tawaran.

PRK Pelangai: Bertanding calon Bebas, Pemuda UMNO Bentong dipecat - Ahmad Zahid
Walaupun beliau menjadi calon Bebas, secara automatik mulai hari ini keahlian beliau gugur, kata Ahmad Zahid.

PN tidak tergugat kemasukan calon Bebas di PRK Pelangai
PN Pahang tidak akan tergugat dengan kehadiran calon Bebas yang dikatakan akan merebut kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.

PRK DUN Simpang Jeram: Jeganathan guna kelebihan bertutur bahasa Hokkien dekati pengundi
Ahli perniagaan yang juga bapa kepada enam anak itu berkata, perkara itu selaras dengan hasratnya bagi membantu golongan yang memerlukan.

PRN: Calon Bebas gagal peroleh sebarang kerusi
Seramai 41 calon Bebas bertanding pada PRN kali ini di enam negeri yang terbabit.

PRN: DAP pecat empat ahli menentang calon parti
DAP memecat empat ahlinya susulan menentang calon yang diberi kuasa parti dalam pilihan raya untuk memilih wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen berkuatkuasa serta merta.

Pas pecat ahli tanding Bebas - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, tindakan itu dianggap melanggar disiplin parti.

PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan
Selain Tian Chua, empat lagi anggota parti itu turut menerima nasib yang sama kerana bertanding pada PRU15 sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.

PRU15: Uncle Kentang mahu ubah minda rakyat terhadap 'calon tanpa beban politik'
Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bersedia dengan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana bersaing dengan pihak lawan yang hebat dalam politik.

PRU15: Calon Bebas boleh menang jika ketokohan dikenali - Penganalisis
Katanya, pengundi masa kini tidak memilih berdasarkan gabungan atau parti, tetapi melihat kepada kemampuan calon untuk berkhidmat.