BINTULU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengumumkan bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Iskandar Turkee, 54, sebagai bakal calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini.
Beliau berkata Iskandar dipilih gabungan itu, berdasarkan kemampuan serta pengalamannya yang luas dalam kegiatan sosial masyarakat.
"Kesungguhan beliau juga boleh dilihat, apabila sanggup meninggalkan jawatannya (sebagai pengarah AADK) untuk berkhidmat untuk rakyat di Jepak.
"Walaupun ini hanya pilihan raya kecil, tapi bagi saya keputusan PRK ini besar (signifikan), untuk membuktikan sokongan rakyat kepada GPS untuk terus menerajui Sarawak," katanya.
Sebelum ini Parti Bumi Kenyalang (PBK), sebuah parti pembangkang tempatan menamakan bekas anggota polis Stevenson Sumbang, sebagai calon mereka untuk PRK yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip dari GPS, pada 15 Sept lepas.
Sebuah lagi parti pembangkang tempatan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) pula mengumumkan seorang ahli perniagaan Chieng Lea Ping, 64, sebagai calon mereka.
Allahyarham Talib menyandang kerusi DUN Jepak selama enam penggal sejak 1996.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon untuk PRK itu, dengan 31 Okt untuk pengundian awal dan 4 Nov sebagai hari pengundian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023

Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tiga, kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada calon GPS Iskandar Turkee (tiga, kanan) pada Majlis Pengumuman Calon GPS hari ini. - Foto Bernama

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

PRK Jepak: Proses pengiraan undi berlangsung
Kesemua 14 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak telah ditutup bagi memulakan proses pengiraan undi.

PRK Jepak: Tiga pusat mengundi ditutup awal
Tiga daripada 14 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak ditutup awal iaitu pada 4 petang.

PRK Jepak: 45 peratus keluar mengundi setakat 3 petang
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak mencatatkan 45 peratus setakat 3 petang ini.

PRK Jepak: Proses pengundian berjalan lancar - Pengerusi SPR
Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.

PRK Jepak: 37 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak mencatatkan 37 peratus setakat 1 tengah hari ini.

PRK Jepak: 33 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak mencatatkan 33 peratus setakat 12 tengah hari ini.

PRK Jepak: 22,731 pengundi pilih ADUN baharu hari ini
Sebanyak 14 pusat mengundi dibuka pada 7.30 pagi dengan 11 daripadanya ditutup pada 5.30 petang, tiga lagi pada 4 petang.

PRK Jepak: Cuaca pagi esok diramal cerah, ribut petir sebelah petang
Cuaca diramalkan cerah pada sebelah pagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, esok.

PRK Jepak: Elak mengundi pada saat-saat akhir - SPR
Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dinasihatkan agar tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir, esok.

PRK Jepak: Jangan hiraukan pujukan untuk tidak keluar mengundi - Awang Tengah
Cubaan untuk mengelirukan pengundi itu boleh menjejaskan peratusan turun mengundi dalam PRK itu.