Dr Ahmad Termizi Ramli menyifatkan parti PAS bukanlah lawannya serta tidak lagi relevan pada masa kini.
Calon Parti Amanah Negara (Amanah) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar itu menyifatkan PRK di sini dan Sungai Besar merupakan pertembungan dua penjuru antara beliau serta calon Barisan Nasional (BN), Mastura Mohd Yazid.
"Kita bertanding dengan BN, bukan dengan PAS. Tiada kepentingan untuk kita (menentang PAS). Bukan fokus kita, kita bertanding untuk mengalahkan BN.
"Kita (Amanah) tidak anggap PAS musuh, kita anggap PAS tidak relevan. Bagi kita tumpuan kita adalah BN, dia (BN) yang menimbulkan onar dalam negara kita, maaf kalau bunyinya kasar, dan dia (BN) perlu diberikan rehat.
"Kami parti bersama dalam Pakatan Harapan menganggap PRK di kedua-dua kerusi ini adalah pertandingan dua penjuru sahaja," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Menurutnya lagi, undi yang diterima PAS di Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu merupakan undi rakyat kepada Pakatan Rakyat dan bukan kepada PAS.
Justeru, katanya PRK kali ini menjadi platform kepada Amanah untuk meraih semula undi tersebut.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Jun 08 2016
![PRK K.Kangsar: PAS tidak relevan, bukan musuh dalam PRK - Calon Amanah PRK K.Kangsar: PAS tidak relevan, bukan musuh dalam PRK - Calon Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81465399958_AhmadTermiziRamli.jpg)
Ahmad Termizi (dua, kanan) di sidang media di Kuala Kangsar pada Rabu. - Gambar Astro AWANI/Harits Asyraf Hasnan
Fokus Minggu Depan: Garis panduan, muhibah dan sensitivity
Ikuti ulasan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin mengenai garis panduan bagi muslim yang mengikuti program anjuran bukan muslim dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739012767_banjir.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun
Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga pagi tadi.
Pesawat Bering Air yang hilang dijumpai terhempas, semua penumpang maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Trump sekat ICC: Beri isyarat Israel kebal undang-undang - Amnesty
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
![Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738553906_TBOlafScholzjp.jpg)
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
![Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739011710_Afghanistan.jpg)
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari
Seramai 18,300 pelarian Afghanistan pulang ke negara asal pada Januari tahun ini.
![Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024 Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739012198_NinoyAquinoInterna.jpg)
Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024
Selain larangan masuk, individu terbabit turut dimasukkan ke dalam senarai hitam biro sebagai "warga asing tidak diingini".
![Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739010550_TBMAJLISBELIA.jpg)
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Assalamualaikum RARA tarik lebih ramai pengunjung
Program Assalamualaikum RARA 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani jadi tarikan menarik ramai pengunjung, hadir ke program anjuran Astro.
![Calon Amanah sokong singkirkan Najib Calon Amanah sokong singkirkan Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81464880752_Ahmadtermiziramli.jpg)
Calon Amanah sokong singkirkan Najib
Katanya, sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat, beliau akan menyokong penyingkiran Pengerusi Barisan Nasional itu daripada jawatannya kini.
![PRK K.Kangsar: PAS tidak relevan, bukan musuh dalam PRK - Calon Amanah PRK K.Kangsar: PAS tidak relevan, bukan musuh dalam PRK - Calon Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81465399958_AhmadTermiziRamli.jpg)
PRK K.Kangsar: PAS tidak relevan, bukan musuh dalam PRK - Calon Amanah
Calon Parti Amanah Negara (Amanah) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli menyifatkan parti PAS bukanlah lawannya serta tidak lagi relevan pada masa kini.
![Misi mencari calon 'winnable' dan 'likeable' Misi mencari calon 'winnable' dan 'likeable'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71465186725_prk.jpg)
Misi mencari calon 'winnable' dan 'likeable'
Seeloknya dalam bulan Ramadan ini, kempen sopan yang menyentuh jiwa pengundi dapat menonjolkan seseorang calon itu agar boleh menang dan disukai ramai.
![Pertandingan empat penjuru pada PRK Kuala Kangsar Pertandingan empat penjuru pada PRK Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51465100127_PenamaanCalon.jpg)
Pertandingan empat penjuru pada PRK Kuala Kangsar
Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.
![PRK Kuala Kangsar: Prof Dr Ahmad Termizi calon Pakatan Harapan PRK Kuala Kangsar: Prof Dr Ahmad Termizi calon Pakatan Harapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81464880752_Ahmadtermiziramli.jpg)
PRK Kuala Kangsar: Prof Dr Ahmad Termizi calon Pakatan Harapan
Nama calon berusia 61 tahun yang juga Naib ketua Amanah Kuala Kangsar itu diumumkan Presiden Amanah Mohamad Sabu pada Khamis malam.