JOHOR BAHRU: Keserasian jentera Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dilihat menyerlah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, kata Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh.
Dr Muhamad Akmal berkata keserasian yang dipamerkan jentera PH-BN, khususnya komitmen daripada jentera Pemuda UMNO pada PRK itu lebih mantap, berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini, sekali gus menghentikan tomahan yang kononnya BN Johor menolak calon PH khususnya di Pulai iaitu Suhaizan Kaiat.
Beliau berkata Pemuda UMNO di semua peringkat cawangan di Pulai, bersolidariti menyokong Suhaizan yang mewakili gabungan PH-BN dan memastikan kerusi itu kekal milik PH.
"Walapun pertama kali BN tidak bertanding di kerusi Pulai, atas semangat perpaduan kita (PH-BN) kita bersama-sama bersolidariti menyokong calon PH.
"Keserasian antara jentera juga saban hari semakin bertambah baik dan momentum ini, akan berterusan sehingga 9 Sept (hari mengundi) ini," katanya kepada pemberita pada sesi ceramah kelompok yang turut dihadiri Suhaizan di Taman Cempaka, Kempas di sini malam ini.
Dr Muhamad Akmal berkata di peringkat akar umbi BN pula, jentera serta kepimpian parti akan terus memberi penjelasan, agar kefahaman mengenai kerjasama gabungan Kerajaan Perpaduan, dapat diperkukuh dan diterjemahkan dalam bentuk undi memenangkan calon PH.
Pada PRK Parlimen Pulai Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PN Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar di dua kerusi jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept diikuti hari pengundian 9 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023

Ketua Pemuda UMNO Dr Muhammad Akmal Saleh (empat, kiri) bersama Calon PH Suhaizan Kaiat bagi Parlimen Pulai (tengah) pada Sembang Santai Bersama Ketua Pemuda UMNO di Medan Selera Taman Cempaka pada Isnin. - Foto BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

PRK: Keserasian PH-BN lebih terserlah di Pulai, Simpang Jeram
Keserasian jentera Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dilihat menyerlah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.