Kemenangan mana-mana calon bagi merebut kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 18 Jan ini, tidak mungkin mengubah status quo di Dewan Rakyat, namun kejayaan diperoleh akan menjadi lonjakan moral kepada parti berkenaan di persada politik nasional.
Penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ramli Dollah berkata, PRK Kimanis mampu memberi kesan signifikan dari segi psikologi kerana ia berupaya meningkatkan moral setiap parti bertanding terutama jika berdepan kemungkinan PRK lain, mahupun Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Beliau berkata PRK tersebut juga akan menjadi kayu pengukur sejauh mana sokongan rakyat terhadap Parti Warisan Sabah (Warisan) dan rakan sekutunya, Pakatan Harapan (PH) yang kini, masing-masing menerajui pentadbiran negeri Sabah dan Malaysia sejak PRU14 pada Mei 2018.
"Kemenangan biasanya akan membawa kesan domino kepada pilihan raya lain. Terutamanya dalam kalangan pengundi atas pagar. Kemenangan satu parti akan mengubah persepsi terhadap mereka.
"Walaupun kemenangan pada PRK Kimanis tidak menukar status quo (di Parlimen), ia penting kepada psikologi parti dan pengundi. Lebih-lebih lagi dalam usaha menuju PRU15 kerana ia juga mampu memberi keyakinan kepada pengundi (terhadap parti) terutama pengundi atas pagar," katanya kepada Bernama.
PRK Parlimen Kimanis bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Warisan dan Barisan Nasional (BN).
Warisan mempertaruhkan Ketua Bahagian Warisan Kimanis, Datuk Karim Bujang, 67 manakala BN diwakili Datuk Mohamad Alamin, 48, yang juga Ketua Bahagian UMNO Kimanis.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi PRK Kimanis pada 18 Jan manakala hari pengundian awal 14 Jan ini.
Parlimen Kimanis mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) - Bongawan dan Membakut.
Mengenai calon, Ramli berkata Karim mempunyai kelebihan untuk memenangi PRK ini, lebih-lebih lagi beliau merupakan calon tempatan 'orang Kimanis' selain pernah menjadi wakil rakyat Bongawan selama lima penggal dari 1990 hingga 2013.
Di samping itu, Ramli berkata kekuatan Karim turut didukung oleh partinya, Warisan yang mentadbir kerajaan Sabah, selain mendapat sokongan daripada PH.
"Sebagai parti pemerintah sama ada di peringkat negeri dan nasional, ini kekuatan kepada calon bertanding. Calon parti pemerintah mampu memberi beberapa perkara yang tidak dapat diberikan oleh parti pembangkang," jelasnya.
Ramli, yang juga pensyarah kanan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan UMS, bagaimanapun, berkata wujud cabaran besar kepada Karim terutama berdepan dengan beberapa isu berbangkit melibatkan kerajaan ketika ini terutama isu berkaitan janji di peringkat negeri dan nasional.
Isu tersebut akan menjadi tentangan hebat buat Karim selain menguji kemampuannya menangkis segala serangan daripada pihak pembangkang secara profesional dan ilmiah, katanya.
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian, berkata, senario politik Sabah adalah unik dan berbeza daripada situasi di Semenanjung.
Justeru, beliau berkata BN tidak boleh menggunakan faktor kemenangan dalam PRK Tanjung Piai pada November lalu, sebagai indikator bahawa sentimen pengundi yang sama akan dilihat pada PRK Kimanis.
"Di sini (Kimanis) masyarakatnya berbeza. Isunya juga berbeza seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), isu royalti minyak di samping isu kos sara hidup dan isu kenegerian amat penting untuk dilihat oleh BN dan Warisan," katanya.
Mengulas signifikan PRK Kimanis kepada Warisan dan rakan sekutunya PH, Sivamurugan berkata, PRK ini sangat penting buat mereka terutamanya dalam memberi motivasi dan keyakinan dalam memasuki tahun baru 2020.
"PRK ini juga penting kerana ia bakal menguji kepimpinan Presiden Warisan yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal setelah hampir dua tahun memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri.
"Warisan mempunyai beberapa wakil parti itu di peringkat pusat, dan ini semestinya memberi kelebihan dari sudut jentera serta logistik. Shafie juga semestinya akan menggunakan sepenuhnya jentera parti kerana calon datang dari Warisan," katanya.
Sivamurugan berkata selain perlu menangani sesuatu isu dengan berkesan, faktor calon dan keberkesanan jentera parti bakal menjadi penentu kemenangan kepada mana-mana parti yang bertanding pada PRK itu.
PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, yang ketika itu bertanding atas tiket BN, bagi kerusi itu.
Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos lalu memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.
Daftar pemilih bagi PRK Parlimen Kimanis merangkumi 29,664 pengundi yang terdiri daripada 29,654 pengundi biasa, sembilan pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 06 2020
Penganalisis berpendapat, PRK Kimanis juga penting kerana ia bakal menguji kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal setelah hampir dua tahun memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri. --fotoBERNAMA
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Pembantu rumah curi barang majikan ditahan
Tindakan pembantu rumah warga Indonesia mencuri telefon bimbit dan iPad milik majikannya yang juga juruterbang sebelum melarikan diri, mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.