PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Oktober depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan, tarikh bagi hari penamaan calon ditetapkan pada 23 September.
Menurutnya, seramai 16,456 pengundi yang layak akan menunaikan tanggungjawab pada PRK kali ini.
“Sehubungan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini, 24 Ogos 2023 dan memutuskan satu PRK Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.
“Bagi maksud menjalankan PRK Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti berikut:
“Tarikh keluar writ pada 24 Ogos (Khamis), hari penamaan calon 23 September (Sabtu), hari mengundi awal 3 Oktober (Selasa), dan hari mengundi pada 7 Oktober (Sabtu).
“Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2023 yang dikemas kini pada 17 Ogos 2023.
“DPPR ini mengandungi seramai 16,456 orang pemilih yang terdiri daripada 16,417 orang pengundi biasa, 36 orang anggota polis dan tiga orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
"DPPR bagi PRK Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang akan mula dijual pada 18 September 2023 (Isnin),” katanya ketika sidang media pengumuman tarikh-tarikh penting PRK DUN Pelangai pada Khamis.
Dalam pada itu, Abdul Ghani turut memaklumkan, PRK Pelangai bakal menelan perbelanjaan sebanyak RM2.1 juta.
Terdahulu, Abdul Ghani telah mempengerusikan Mesyuarat Khas SPR bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRK DUN Pelangai selepas pihaknya menerima notis pembubaran rasmi bagi kerusi berkenaan daripada Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.
Tambahnya lagi, SPR telah menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari sebaik sahaja selepas pengisytiharaan calon-calon yang bakal bertanding.
PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kekosongan yang berlaku secara luar jangka selepas penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun terlibat dalam nahas pesawat ringan di Elmina Shah Alam pada 17 ogos lalu.
Beliau merupakan antara 10 mangsa maut yang terkorban dalam nahas terbabit ketika pesawat yang bergerak dari Langkawi menuju ke Subang itu terhempas sebelum mendapat kebenaran untuk mendarat.
Hilmi Malik
Thu Aug 24 2023

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan, tarikh bagi hari penamaan calon ditetapkan pada 23 September. - Gambar fail

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

PRN DUN Pelangai: Fahmi sangkal dakwaan warga Felda sokong PN
Fahmi menyangkal dakwaan kononnya PN memperoleh sokongan masyarakat Felda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Sabtu lepas.

Kemenangan BN bukti formula Kerajaan Perpaduan diterima rakyat - Noraini
Noraini Ahmad berkata, kemenangan itu membuktikan formula kerjasama di antara parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan diakui dan diterima oleh rakyat.

PRK Pelangai: Kemenangan BN bukti isu 3R dimain PN, ditolak rakyat Pahang
Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kemenangan tersebut juga telah menyekat kemaraan gelombang hijau di negeri tersebut.

PRK Pelangai: Ayah hantar, adik-beradik bantu pimpin masuk saluran - Pengundi OKU penglihatan
Dia yang bersemangat keluar mengundi hari ini tidak lagi mampu melihat akibat terlibat dalam kemalangan di tempat kerja sekitar tahun 1999.

Sesiapa boleh datang ke Pelangai, tapi jangan tabur fitnah - Amizar
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam berkata sesiapa pun boleh datang untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, tetapi jangan menyebarkan fitnah.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Replika wau gergasi curi tumpuan di Pelangai
Salah satu ditempatkan di persimpangan masuk Felda Kemasul, manakala satu lagi ditempatkan di pekarangan kediaman penduduk.

PRK Pelangai: Saingan tiga penjuru antara BN, PN, bekas ahli UMNO
Senarai rasmi calon-calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail.

PRK Pelangai: Diiringi ratusan penyokong, proses penamaan calon bermula
Bakal calon diberi tempoh sejam hingga 10 pagi bagi mengemukakan borang pencalonan, sebelum senarai yang layak bertanding diumumkan.

PRK DUN Pelangai: Pas umum calon malam ini
Pas bakal mempertaruhkan calon anak tempatan yang dekat dengan rakyat untuk bertanding sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.