KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju menamakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen P161 Pulai.
Sementara itu, Nazri Abdul Rahman dipilih sebagai calon untuk kerusi DUN N13 Simpang Jeram.
Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam satu kenyataan memaklumkan, senarai ini dimuktamadkan jawatankuasa pemilihan calon pada Khamis lalu.
"Mesyuarat Amanah Nasional pada 15 Ogos bersetuju membentuk Jawatankuasa Pemilihan Calon Bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.
"Ia dianggotai Naib Presiden Amanah merangkap Ketua Jawatankuasa Adly Zahari, Setiausaha Agung Datuk Dr Hatta Ramli, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Ketua AWAN Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Pemuda Hasbie Muda dan Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hasan.
"Jawatankuasa ini telah bermesyuarat dan mengemukakan senarai calon kepada saya serta Ahli Jawatankuasa Nasional Amanah pada 17 Ogos untuk dimuktamadkan.
"Setelah mengambil kira semua faktor dan pandangan daripada Jawatankuasa ini, saya dengan ini mengumumkan calon-calon yang akan bertanding mewakili Amanah/Pakatan Harapan serta parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan," katanya.
Mohamad berkata, calon-calon tersebut akan diperkenalkan dalam Majlis Memperingati Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayob pada 23 Ogos ini di DUN Simpang Jeram.
Selain berperanan sebagai Speaker DUN Johor pada 2018 - 2020, Suhaizan, 50 tahun, juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Nasional Biro Pembangunan Sumber Manusia Amanah, Pengurus Pusat Khidmat Parlimen Pulai, Ketua Amanah Kawasan Pulai dan Naib Pengerusi Amanah Johor.
Sementara Nazri, 56 tahun, merupakan Ketua Biro Ekonomi Pusat Khidmat DUN Simpang Jeram dan juga Jurutera Majlis Perbandaran Muar.
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK ialah 26 Ogos, undian awal 5 Sept dan hari pengundian 9 Sept.
PRK itu dilaksanakan berikutan kematian penyandangnya, Salahuddin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lepas.
Astro Awani
Sat Aug 19 2023

Amanah hari ini mengumumkan Suhaizan (kiri) sebagai calon PRK Parlimen Pulai dan Nazri (kanan) calon PRK DUN Simpang Jeram.
AWANI Borneo [4/3/2025] – Infrastruktur padi | Projek JPS | Pengambilalihan
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
RM22.28 juta diperuntuk bangunkan jelapang padi Sabah
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak
AirBorneo akan serap semua kakitangan MASWings
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
RM22.28 juta diperuntuk bangunkan jelapang padi Sabah
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak
AirBorneo akan serap semua kakitangan MASWings
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Lelaki ditahan kes ugutan jenayah ketika mesyuarat agung parti politik
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung ugutan jenayah semasa mesyuarat agung tahunan sebuah parti politik di Kuala Selangor, Sabtu lepas.
Elak pembaziran, peniaga sedekah kepada golongan memerlukan
Peniaga di bazar Ramadan, Jalan Pantai, Pusat Bandar Sandakan bersedekah dengan memberikan jualan yang tidak habis dijual kepada masjid dan surau termasuk golongan gelandangan.
Caruman pekerja asing lindungi kepentingan pekerja tempatan
Langkah kerajaan untuk mengenakan caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja asing adalah, antara lainnya, untuk mempertahankan kepentingan pekerja tempatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.
Tiga penyampai Radio Era mohon maaf secara terbuka
Astro Audio menggantung tiga penyampai Radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak.
Runner' warga asing ditahan bersama dua kilogram syabu
‘Runner’ dadah warga asing ditahan bersama dua kilo syabu

Enam individu dirakam keterangan kes guru didakwa jalin hubungan dengan murid
Polis berkata individu berkenaan merangkumi mangsa, bapa mangsa, dua guru termasuk suspek dan dua pelajar lain.

Polis Johor potong bekalan elektrik 470 premis judi dalam talian
Sebanyak 470 premis judi dalam talian di Johor dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik dari Januari 2024 hingga 26 Feb lepas.

Pengasuh ditahan disyaki dera kanak-kanak lelaki enam tahun hingga mati
Hasil bedah siasat menemui 20 kecederaan pada kepala, badan, tangan, dan kaki akibat hentakan benda tumpul.
ASEAN 2025 | 4 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Essan Yahya membawa tumpuan berikut:
1. Sidang Kemuncak Dengan AS dalam peringkat perancangan
2. Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
3. Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan
1. Sidang Kemuncak Dengan AS dalam peringkat perancangan
2. Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
3. Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.

Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.

PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.

PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.

Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.

'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.