JOHOR BAHRU: Calon Parlimen Pulai yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Suhaizan Kaiat, mahu memberikan kemenangan dengan majoriti yang meyakinkan buat Pakatan Harapan (PH), pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan bulan depan.
Biarpun tidak pernah memenangi lima kerusi Dewan Undangan (DUN) dan satu kerusi Parlimen yang pernah ditandingi, beliau tetap optimis mampu memenangi hati warga Pulai kerana telah berkhidmat di kawasan itu dalam arena politik, termasuk ketika menjadi Speaker DUN Johor bagi tempoh 2018 sehingga awal tahun lepas.
Beliau yang juga Naib Pengerusi Amanah Johor dan Ketua Amanah Kawasan Pulai sejak 2015 itu, yakin mampu menggalas amanah dan kepercayaan yang diberikan parti, apatah lagi meneruskan legasi penyandang kerusi sebelum ini, iaitu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
"Pulai ialah kerusi yang dimiliki PH dan kita mahu ia dikekalkan dengan majoriti yang meyakinkan, ini untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan yang ditadbir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Amanah dan PH telah beri kepercayaan kepada saya untuk bertanding, saya faham bahawa ini satu tugas berat kerana saya membawa amanah untuk menyambung legasi dilaksanakan Allahyarham. Insya-Allah saya bersedia menggalas amanah ini," katanya di Program Outreach Sara Hidup Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai Pelajar Tingkatan Enam dan Diploma Kolej Vokasional Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.
Salahuddin memenangi kerusi Pulai buat kali kedua pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan majoriti 33,174 undi, sekali gus mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Meskipun tanggungjawab agak berat, Suhaizan memegang pesanan Allahyarham yang mahu pegawainya turut sama bekerja serta berkhidmat untuk rakyat, yang akan sentiasa menjadi kata-kata semangat buatnya.
Beliau mengimbau kenangan Allahyarham pernah berseloroh tidak mahu mempertahankan lagi kerusi Parlimen Pulai selepas PRU15, yang dilihat antara petanda pemergiannya.
"Bagi kami, Pulai kawasan yang sesuai untuk Allahyarham dan apabila beliau bercakap tentang kerusi yang mahu dilepaskan, ia perkara yang luar biasa, tetapi kami tidak sangka ia benar berlaku," katanya.
Semalam, Presiden parti Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan pencalonan Suhaizan mewakili PH bagi kerusi Parlimen Pulai, manakala Nazri Abdul Rahman di DUN Simpang Jeram pada kedua-dua PRK bulan depan.
PRK dilaksanakan susulan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Salahuddin pada 23 Julai lepas.
SPR menetapkan tarikh penamaan calon pada 26 Ogos depan, 5 Sept untuk pengundian awal dan 9 Sept sebagai hari mengundi untuk kedua-dua PRK itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023

Suhaizan yakin mampu menggalas amanah dan kepercayaan yang diberikan parti, apatah lagi meneruskan legasi penyandang kerusi sebelum ini, iaitu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub. - Gambar fail/Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.

Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.