Pakatan Harapan mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menerusi calonnya Halimey Abu Bakar.
Selepas pengiraan undi selesai, Halimey memperoleh sebanyak 13,725 undi manakala pesaingnya, calon Pas Dr Halimah Ali mendapat 9,698 undi.
Halimey menang dengan majoriti 4,027 undi.
Pengumuman rasmi dibuat Pegawai Pengurus PRK Seri Setia yang juga Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain pada jam 9 malam.
Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu.
Mengikut rekod, Pakatan Rakyat berjaya menawan DUN Seri Setia menerusi Nik Nazmi Nik Ahmad selama dua penggal bermula 2008 sebelum Shaharuddin mengekalkan penguasaan pada PRU14.
Rahimah Abdullah
Sat Sep 08 2018

Halimey menang dengan majoriti 4,027 undi. - Gambar fail

Gaji lewat dipercayai punca pekerja kilang merusuh
Dalam kejadian jam 12.05 tengah hari itu berlaku pertelingkahan antara sekumpulan pekerja dengan dua penyelia kilang tersebut.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia. #AWANInews
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam. #AWANInews
Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pilihan Raja Charles III
Lagu Anta Permana yang diluncurkan pada tahun 2018 membuat kemunculan pada minit ke-43 dalam 17 senarai lagu yang dipilih sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel. #AWANI745 #AWANInews

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 2,655 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini.

Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan
Kubur bayi itu telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

ACLE: JDT tidak bernasib baik - TMJ
Usai tamat cabaran JDT, Tunku Ismail, meluahkan pencapaian yang cukup membangga ini menerusi laman X.

Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R).

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Zii Jia tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.

MP pembangkang cadang LGBT dikategorikan masalah mental
Halimah berkata, kecelaruan mental adalah isu yang besar dan semua kementerian berkaitan bersama-sama mengatasinya secara tuntas.

Dewan Rakyat kecoh tuduhan Menu Rahmah sebabkan kanser
Topik Menu Rahmah menimbulkan pertikaman lidah antara blok pembangkang dengan seorang Ahli Parlimen Kerajaan di Dewan Rakyat hari ini.

Penduduk Taman Sungai Sireh bantah projek ECRL - Sukri Omar
Sukri mendakwa, sebelum ini penduduk telah menghantar surat bantahan rasmi kepada pihak berkenaan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

Menu Rahmah: Kenyataan Dr Halimah mengelirukan - Amidi
Selaku seorang yang berlatarbelakangkan perubatan, apa yang dikatakan itu boleh memberikan pemahaman yang salah kepada orang ramai.

PRK Seri Setia: Pas menang dalam kalah - Halimah
PH menang tapi jumlah undi mereka di Seri Setia menunjukkan kemerosotan daripada 29,250 undi pada PRU14 lalu kepada 13,725 undi pada PRK kali ini.

Peratusan keluar undi rendah kerana cuaca dan cuti panjang
Jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah seramai 23,423 orang berbanding 53,492 pengundi layak mengundi bagi DUN Seri Setia.

Calon PH mengundi di SK Kg Lindungan
Halimey turut menggesa pengundi Seri Setia turun menunaikan tanggungjawab masing-masing hari ini.

PRK Seri Setia: Penganjur debat tidak mohon permit - calon PH
Menurutnya, badan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi penganjur program tersebut juga terdiri daripada penyokong Pas, malah turut tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

PRK Seri Setia: Tak perlu berdebat dengan calon Pas - Halimey
Halimey berkata beliau hanya mendapat tahu mengenai dakwaan kononnya beliau dan Dr Halimah akan berdebat hanya melalui penyebaran maklumat yang tular di media sosial.

Kerjasama Pas-UMNO kini formal - Penganalisis politik
Kehadiran beberapa pimpinan UMNO jelas tanda sokongan kepada calon Pas, Dr Halimah Ali dan ia menunjukkan kebersamaan dalam konteks pembangkang.