NIBONG TEBAL: Menjadi pemudah cara antara rakyat dan agensi kerajaan termasuk menyelesaikan masalah yang memerlukan perhatian segera akan menjadi keutamaan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin andai diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap esok.
Joohari berkata beliau akan menggunakan empat fungsi utama dalam prinsip pengurusan iaitu POLC - planning (merancang), organising (mengurus), leading (memimpin) dan controlling (mengawal) serta tidak akan tunggu lama untuk bertindak.
"Pertama, saya akan wujudkan pasukan dahulu, lepas itu saya akan senaraikan semua rintihan masyarakat, dan kita akan susun ikut keutamaan untuk ambil tindakan segera dalam 100 hari pertama.
"Isu pertama yang kita akan tumpukan adalah isu air, kedua berkaitan dengan kesesakan jalan raya dan juga masalah penempatan. Itu ada terkandung dalam aspirasi P.A.D.U saya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara itu menggariskan empat teras utama dalam iltizam atau manifesto bagi PRK berkenaan yang diambil daripada perkataan per-P.A.D.U-an iaitu P - Prasarana dan Progresif; A - Akhlak, Akademik Anak Muda; D - Damai; dan U - Untuk Semua.
Beliau turut memaklumkan kempen hari terakhirnya hari ini memfokuskan kepada bersua muka sebanyak mungkin pengundi seluruh kawasan Sungai Bakap sebelum tempoh kempen tamat 11.59 malam ini.
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan Joohari dicabar Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam pertembungan satu lawan satu, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024
Menjadi pemudah cara antara rakyat dan agensi kerajaan termasuk menyelesaikan masalah yang memerlukan perhatian segera akan menjadi keutamaan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin. - Gambar fail/BERNAMA
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
PRK Sg Bakap: Polis puas hati proses pengundian lancar
Polis berpuas hati dengan perjalanan proses mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.
PRK Sg Bakap: Joohari mahu jadi pemudah cara antara rakyat dan kerajaan jika diberi mandat
Menjadi pemudah cara antara rakyat dan agensi kerajaan termasuk menyelesaikan masalah yang memerlukan perhatian segera akan menjadi keutamaan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin.
PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari
Jentera BN-PH telah bergerak secara menyeluruh di kawasan DUN Sungai Bakap, untuk mendekati seramai mungkin pengundi bagi membantu kempen calon PH itu.
PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PRK Sg Bakap: 102 permit diluluskan kepada dua parti bertanding
Sebanyak 102 permit bagi tujuan kempen bergerak, ceramah dan tinjauan mesra diluluskan kepada dua parti bertanding.
PM pesan pengundi muda Sg Bakap beri peluang kepada calon Perpaduan - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar berkata ia penting supaya lebih banyak program dan pembangunan dari segi infrastruktur dapat dilaksanakan dengan tuntas di Sungai Bakap.
PRK DUN Sg Bakap: Sembilan lagi permit diluluskan hari keenam kempen
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata ia menjadikan 34 permit telah diluluskan sejak bermula kempen bagi PRK itu pada 22 Jun lepas.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Sungai Bakap: PN perlu henti main sentimen Melayu dan Islam - Penganalisis
Perikatan Nasional (PN) perlu keluar daripada naratif kempen yang memainkan sentimen Melayu dan Islam untuk meraih undi.