MUAR: UMNO Bahagian Bakri tidak akan melakukan perkara yang merugikan atau menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September nanti.
Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Azman Ismail berkata, pihaknya bertekad membantu calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan bertanding sekali gus memastikan mereka menang PRK tersebut.
"Calon Amanah dijangka akan berhadapan satu lawan satu dengan calon dari Perikatan Nasional (PN) iaitu Pas serta bakal berhadapan laluan getir selepas melihat gelombang hijau yang berlaku ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 melibatkan enam negeri pada 12 Ogos lalu.
"Melihat situasi ini, kita akan melancarkan gerakan secara besar-besaran mendekati masyarakat setempat bagi memberikan penerangan hala tuju kerajaan dalam membangunkan negara dan rakyat khasnya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Beliau berkata, satu pertemuan dengan kepimpinan di bawah Kerajaan Perpaduan dalam Parlimen Bakri sudah diadakan bagi membincangkan gerak kerja yang akan dilakukan bermula selepas hari penamaan calon pada 26 Ogos nanti.
Menurutnya, UMNO bahagian yakin apa yang berlaku dalam PRN enam negeri baru-baru ini berlainan suasana politiknya berbanding PRK di Simpang Jeram nanti.
"Isu bakal dibangkitkan adalah berbeza dan perlu diatasi dengan lebih baik ketika majlis penerangan bersama rakyat nanti," ujar beliau.
Dalam PRN Johor lalu, Amanah yang diwakili oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub memperolehi 8,749 undi iaitu menang dengan majoriti 2,389 undi selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Zarul Salleh apabila hanya mendapat 6,360 undi manakala calon BN, Datuk Lokman Md. Don memperolehi 6,062 undi.
PRK DUN Simpang Jeram diadakan berikutan penyandangnya, Salahuddin meninggal dunia meninggal dunia pada 23 Julai lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 18 2023
AZMAN: Kita akan melancarkan gerakan secara besar-besaran mendekati masyarakat setempat bagi memberikan penerangan hala tuju kerajaan dalam membangunkan negara dan rakyat. - Foto Sinar Harian
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Bapa tembak mati anak perempuan kerana kandungan 'tidak senonoh' di TikTok
Siasatan awal mendapati keluarga tersebut tidak bersetuju dengan cara berpakaian, gaya hidup, dan pergaulan sosial anak perempuan kelahiran Amerika Syarikat itu.
Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.
Laos terima lebih empat juta pelancong pada 2024
Laos menerima lebih empat juta pelancong pada tahun lalu dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.
Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda
Meskipun populasi harimau merosot di seluruh dunia selepas sebahagian besar habitat telah diceroboh, situasi ini berbeza di sebuah kawasan hutan luas terlindung di Thailand.
Tourism Malaysia pergiat aktiviti promosi pelancongan ASEAN
Langkah itu bertujuan memastikan Malaysia menjadi antara destinasi pelancongan utama 10 negara ASEAN, selari dengan komitmen memperkukuh industri pelancongan serantau.
KPDN Kelantan laksana pelan kontigensi banjir
Ia antara pelan kontigensi banjir KPDN bagi memastikan bekalan makanan asas mencukupi, mudah diperoleh, dijual pada harga yang ditetapkan.
Penduduk pulau di Tumpat dapat manfaat penyeragaman harga - KPDN
Azman Ismail berkata program itu bertujuan mengurangkan kos sara hidup penduduk di kawasan berkenaan.
Kes seludup diesel di Kelantan turun 95 peratus - KPDN
Penyeludupan diesel di negeri Kelantan menurun sebanyak 95 peratus sejak kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel.
Subsidi bersasar diesel : KPDN, PDCK pertingkat langkah elak ketirisan di sempadan
KPDN Kelantan dan Persatuan Pakatan Dealer-dealer Caltex Kelantan akan bekerjasama membanteras ketirisan subsidi di sempadan Malaysia-Thailand.
KPDN Kelantan pantau jualan kurma Israel
Bagaimanapun, pihak KPDN Kelantan belum menerima sebarang laporan atau aduan berhubung isu itu setakat ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
PRK Simpang Jeram: BN-PH lancar gerakan besar-besaran dekati rakyat
UMNO Bahagian Bakri bertekad membantu calon Amanah yang akan bertanding, sekali gus memastikan mereka menang PRK tersebut.
Tak sempat seludup 1,814 kg minyak masak ke Thailand
Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut menemui kotak berisi minyak masak peket 1,814 kg.
KPDN laksana Op Terjah pantau harga di bazar Ramadan
KPDN Kelantan akan melakukan Op Terjah di bazar Ramadan bagi memantau peniaga yang menaikkan harga jualan secara tidak munasabah.
KPDN Kelantan rekod rampasan hampir RM5.7 juta kes barang kawalan
Jumlah kes tersebut melibatkan rampasan minyak masak paket bersubsidi, gula, tepung gandum, kenderaan, petrol dan diesel dengan nilai denda keseluruhan RM203,300.