JOHOR BAHRU: Propaganda yang dimainkan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya Kerajaan Persekutuan akan tumbang jika PN menang di Parlimen Pulai, sangat tidak munasabah.
Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai Suhaizan Kaiat, menyelar dakwaan itu selain menyifatkan dakyah yang dibawa pihak lawan itu, hanya cuba untuk mengelirukan rakyat.
Beliau berkata PH sebaliknya yakin akan mengekalkan kemenangan di Parlimen itu dengan majoriti yang meyakinkan, termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
"Kalau kiraan Matematik, 148 tolak satu (jika PN rampas Pulai) tak mengugatkan Kerajaan Pusat. Mereka boleh guna apa saja untuk yakinkan pengundi, tapi secara matematiknya salah dan tak munasabah.
"Di Johor ini unik, rakyatnya lebih bersederhana dalam banyak perkara dan fikir secara rasional, sama ada propaganda itu boleh terima atau tidak," katanya kepada pemberita pada sesi tinjauan mesra kempen PRK di pasar malam dekat Taman Sentosa, Johor Bahru hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa jika PN menang pada PRK itu akan menjadi isyarat penting perubahan di peringkat Kerajaan Pusat.
Ketika ini, komposisi kerusi di Dewan Rakyat oleh Kerajaan Perpaduan yang dianggotai PH, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah adalah sebanyak 148, manakala PN hanya 73 kerusi.
Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PN Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar di dua kerusi jangka berikutan kematian penyandangnya Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept diikuti hari pengundian 9 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023

Calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat, ketika bertemu para pengamal media ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai di Pasar Malam Taman Sutera hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Pelancongan, mahu tarik minat generasi muda
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.

Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.

Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.

MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap

Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.

PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.

PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.

PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.

Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.