BENTONG: "Usah buat perangai tidak elok di Pelangai," itu permintaan penduduk kepada parti politik yang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Kempen PRK Pelangai bermula Sabtu usai proses penamaan calon hingga 11.59 malam, 6 Okt depan.
Bagi Sharif Muhammad, 36, dari Kampung Shafie di sini, semua pihak perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk tidak menggangu gugat keharmonian dan ketenteraman kawasan berkenaan, dengan kempen berlebihan termasuk melibatkan isu 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja.
"Sini (DUN Pelangai) memang banyak Felda, tetapi juga dihuni masyarakat pelbagai kaum, jadi jangan mainkan perkara yang boleh mencetus suasana tidak harmoni, jaga bahasa, kerana trend ketika ini apa yang diperkatakan pemimpin dan tular, akan menjadi ikutan anak-anak muda," katanya kepada Bernama.
Sharif berkata beliau tidak mahu, kehidupan masyarakat di situ yang akrab dan saling bantu membantu antara satu lain, renggang akibat isu-isu yang dipolitikkan.
Warga emas, Sabar Sarip, 66, berkata sebagai orang yang lahir, membesar dan menetap di Simpang Pelangai, jiwanya amat sebati dengan kawasan DUN itu yang disifatkannya cukup tenang.
"Sekarang ramai orang luar masuk, kita di dalam DUN ni sambut semua, datang lah ke sini, berkempen lah, kita raikan dari mana-mana parti pun asalkan tidak bawa perkara negatif, yang beri kesan tidak baik kepada kami penduduk di sini," katanya.
Pengerusi Tok-Tok Batin Pahang Razak Beretong pula berpendapat, calon-calon yang bertanding perlu menggunakan platform kempen secara berhemah, dengan memperjuangkan isu-isu setempat termasuk membabitkan komuniti Orang Asli di DUN itu.
"Contohnya, komuniti Orang Asli yang majoritinya penoreh berdepan masalah pendapatan, memandangkan harga getah amat rendah ketika ini sekitar RM2.70 sekilogram, ditambah peningkatan kos harga barang mentah jadi ekonomi keluarga pun tidak menentu, jadi banyak isu lain, jangan sentuh isu-isu terutama 3R," katanya.
Semalam, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman mengingatkan semua pihak supaya tidak menyentuh perkara yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam, termasuk isu 3R sepanjang kempen PRK DUN Pelangai.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata negeri Pahang, yang digelar Darul Makmur sememangnya terkenal dengan politik sederhana.
"Terutamanya di Pelangai ketika ini, di mana kita maklum sedang berhadapan dengan PRK, namun itu bukan tiket untuk kita atau mana-mana parti bertanding, memburukkan atau berkempen secara berlebih-lebihan.
"Sebaiknya, kita sama-sama sahut saranan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, untuk semua pihak bertanding bentangkan laporan prestasi mereka, untuk jadi rujukan rakyat membuat pilihan siapa mereka mahu, bukan sekadar bermain persepsi dan kelirukan pengundi," katanya.
PRK Pelangai pada 7 Okt ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Datuk Amizar Abu Adam, Kasim Samat (PN) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023
Kempen PRK Pelangai bermula pada Sabtu usai proses penamaan calon hingga 11.59 malam, 6 Okt depan. - Gambar Bernama
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pertembungan tiga penjuru di PRK Jepak
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon GPS, PBK dan Aspirasi.
PRK: Usah buat perangai di Pelangai, kata pengundi
Semua pihak perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk tidak menggangu gugat keharmonian dan ketenteraman kawasan berkenaan, pesan pengundi.
PRU15 mungkin lahirkan satu lagi kerajaan campuran - Pemerhati
Sama ada BN, PN ataupun PH, masing-masing dijangka sukar memperoleh majoriti mudah.
PRN Melaka: Sah tiga penjuru di N.02 Tanjung Bidara
Ia melibatkan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dan Zainal Hassan.
PRN Melaka bakal saksi pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru
Ini susulan pengesahan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) yang mengumumkan calon masing-masing.
Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.