KUALA LUMPUR: Seramai 96 calon yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri terpaksa "berputih mata" apabila kehilangan wang deposit.
Ia turut menyaksikan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) terpaksa melepaskan kesemua wang deposit mereka apabila kecundang merebut tempat di 20 kawasan DUN yang ditandingi parti itu.
Antara calon MUDA yang tewas ialah Setiausaha Agung MUDA, Amir Hariri Abd Hadi yang memperoleh 1,834 undi di DUN Seri Serdang manakala R. Thanusha mendapat 2,357 undi di DUN Sentosa.
Selain itu Ketua Penerangan Muda, Loqman Long turut kecundang dan hanya meraih 372 undi di DUN Bandar, Terengganu manakala di Pulau Pinang calon MUDA turut meratap nasib sama apabila calonnya Vikneswary Harikrishnan hanya mendapat 253 undi di DUN Perai.
Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.
Medan pertandingan pilihan raya negeri pada tempoh ini juga menyaksikan Ng Sze Han calon daripada Pakatan Harapan (PH) memperoleh undi tertinggi iaitu 71,290 dengan menewaskan pencabarnya Wong Yong Kang daripada Perikatan Nasional (PN) yang hanya memperoleh 16,755 undi di DUN Kinrara.
Sementara itu, calon DUN Taman Medan, Dr Afif Bahardin dari PN menang dengan majoriti terkecil hanya 30 undi apabila mendapat 22,316 undi dalam pertarungan dua penjuru.
Dalam pada itu, calon paling tua dalam pilihan raya negeri kali ini iaitu Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM), MS Ravinder Singh, 80, tewas dalam pertandingan empat penjuru di DUN Pantai Jerejak menentang calon PH Fahmi Zainol , Oh Tong Keong daripada PN dan calon MUDA, Loh Xiang Pin.
Dengan keputusan hanya 76 undi bekas guru (Ravinder) itu terpaksa menerima hakikat kehilangan wang deposit .
Selain itu, calon termuda Melanie Ting Yi-Hlin, 23, juga terpaksa akur dengan kekalahan apabila hanya memperoleh 1,462 undi sekali gus hilang wang deposit.
Ting, yang juga Ketua Turus Penerangan MUDA, berdepan persaingan tiga penjuru di DUN Bukit Antarabangsa membabitkan calon PH Mohd Kamri Kamaruddin yang mendapat 30,772 undi dan Shasha Lyna Abdul Latif daripada PN yang memperoleh 14,492 undi.
Pilihan raya enam negeri ini merupakan medan pertarungan pertama yang menyaksikan kerjasama PH yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah bersama BN (Barisan Nasional) untuk menghadapi cabaran daripada PN yang terdiri daripada Bersatu, Pas dan Gerakan. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2023
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa masuk peti undi untuk diserahkan kepada pegawai pengurus pada tinjauan di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, malam tadi. - Gambar BERNAMA
Amnesty International kecam cadangan Trump pindahkan rakyat Palestin sebagai "keterlaluan"
Amnesty International menyatakan cadangan Donald Trump untuk memindahkan rakyat Palestin dari Gaza adalah "keterlaluan" dan "satu pencabulan undang-undang antarabangsa.
Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam
Beberapa jalan utama di bandar raya George Town akan ditutup mulai 10 pagi 10 Feb hingga 12 tengah malam 12 Feb, bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan perak sempena Thaipusam.
AWANI Borneo [6/2/2025] – Lokasi kritikal dikenal pasti | Tangani isu kulat | Empat dalang ditahan
AWANI Borneo Khamis, 6 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.
Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak setakat jam dua petang tadi menurun kepada 5,294 orang berbanding 5,384 pagi tadi.
Ketidakstabilan politik jejas pembangunan Sabah - Joachim
Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Joachim Gunsalam mengakui tidak seperti Sarawak, situasi politik negeri itu yang tidak stabil merencatkan pelan pembangunan dan kenajuan Sabah.
Enam klinik kesihatan di Sarawak laksana projek CCMS tahun ini
Pada tahun ini, 100 klinik kesihatan bakal melaksanakan projek CCMS ini dan enam di antaranya akan dilaksanakan di Sarawak yang memfokuskan kawasan luar bandar.
Jangan ganggu! hubungi pihak berkuasa jika ternampak buaya
Perrbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak kehadiran buaya terutama di musim banjir, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.
Peruntukan tambahan RM7.8 juta tangani isu kulat di Hospital Sibu
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi menangani isu kulat yang menjejaskan premis dan peralatan kesihatan di Hospital Sibu
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.