PETALING JAYA: Pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tahun ini dijangka menjadi antara agenda utama mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Ahad ini.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir mempengerusikan mesyuarat itu.
"... akan ada laporan tentang tiga perkara iaitu Jawatankuasa Pemantauan dan Polisi, Jawatankuasa Perundingan Kerusi serta Jawatankuasa Mobilisasi dan Komunikasi," katanya dalam sidang media ketika mengulas persiapan PH bagi menghadapi PRN di sini hari ini.
Menyentuh rundingan kerusi dengan Barisan Nasional (BN), beliau berkata pakatan pilihan raya antara PH dan gabungan politik itu mencukupi untuk meningkatkan potensi kebolehmenangan dalam PRN.
"Sekarang kita sedang bincang dengan BN... kalau dia masuk, kita tak masuk... kita masuk, dia tak masuk...," katanya.
Negeri yang terlibat dalam PRN ialah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Mengenai Kongres Nasional Khas Keadilan yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam Sabtu ini, Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR berkata ia bertemakan 'Malaysia MADANI: Pelaksanaan Sebuah Idealisme' dan merupakan prelud kepada PRN.
"Ia khusus untuk kita salurkan tumpuan pimpinan dan anggota parti kepada persiapan PRN," katanya.
Beliau berkata kongres itu turut merangkumi sesi perbahasan wakil negeri dan sayap Angkatan Muda Keadilan serta Wanita PKR.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
![PRN: Agihan kerusi antara agenda utama mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Ahad ini PRN: Agihan kerusi antara agenda utama mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678975534_SaifuddinNasution.jpg)
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution bercakap ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. - Foto BERNAMA
![Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737449983_TanSriAzamBaki.jpg)
Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
RMHC Malaysia rasmi rumah RMH ketiga, bantu 4000 keluarga sejuak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
Bakal haji diwajibkan suntik vaksin Meningococcal
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618148_RahmadMariman.jpg)
MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat dakwaan berhubung seorang wanita gagal mendapatkan bantuan daripada agensi itu sehingga terpaksa berlindung di sebuah surau.
Pemandu kereta buat pusingan dari pagi ke malam hidap Skizofrenia
Pemandu kereta Axia putih yang dikatakan membuat pusingan beratus kali di bulata Majhkota, Kluang, Johor yang tular dalam media sosial disahkan mengalami skizofrenia.
![192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution 192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739618005_SaifuddinNasution.jpg)
192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
AWANI Borneo [15/2/2025] – Tawar harga tiket berpatutan| Bukan tiada sumber air| Tepis spekulasi
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739617940_ZambryAbdulKadir.jpg)
KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![Agihan kerusi UMNO, Amanah dipersetujui - Ahmad Zahid Agihan kerusi UMNO, Amanah dipersetujui - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690111594_AgihankerusiUMNO.jpg)
Agihan kerusi UMNO, Amanah dipersetujui - Ahmad Zahid
Keputusan agihan kerusi antara UMNO dan Amanah pada PRN akan datang dipersetujui dan dimuktamadkan oleh pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).
![PRN: BN tanding 45 peratus kerusi, PH 55 peratus - Zahid PRN: BN tanding 45 peratus kerusi, PH 55 peratus - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688191663_TBzahidhamidiBernam.jpg)
PRN: BN tanding 45 peratus kerusi, PH 55 peratus - Zahid
Barisan Nasional (BN) dijangka bertanding 45 peratus daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN).
![PRN: Agihan kerusi PH-BN hampir selesai, hanya 9 kerusi belum dimuktamad - Asyraf Wajdi PRN: Agihan kerusi PH-BN hampir selesai, hanya 9 kerusi belum dimuktamad - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685687390_TBpc.jpg)
PRN: Agihan kerusi PH-BN hampir selesai, hanya 9 kerusi belum dimuktamad - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata perbincangan mengenai pembahagian kerusi telahpun selesai di peringkat Jawatankuasa Perundingan BN-PH.
![PRN: Agihan kerusi DUN utara Selangor hampir selesai - MB PRN: Agihan kerusi DUN utara Selangor hampir selesai - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686294851_TBAmirudin.jpg)
PRN: Agihan kerusi DUN utara Selangor hampir selesai - MB
Amirudin memaklumkan, rundingan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di bahagian utara Selangor sudah dimuktamadkan kecuali satu yang masih dalam rundingan.
![Kerusi PRN: Tiada lagi perbincangan peringkat negeri, Majlis Presiden putuskan - Aminuddin Kerusi PRN: Tiada lagi perbincangan peringkat negeri, Majlis Presiden putuskan - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673958445_AminuddinHarun.jpg)
Kerusi PRN: Tiada lagi perbincangan peringkat negeri, Majlis Presiden putuskan - Aminuddin
Pengagihan kerusi DUN Negeri Sembilan bersama BN diputuskan oleh Majlis Presiden PH bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.
![Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686000844_AhmadSaid.jpg)
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad
Proses agihan selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan keputusan telah diserahkan kepada Presiden UMNO.
![Agihan kerusi PRN Pulau Pinang 95 peratus selesai Agihan kerusi PRN Pulau Pinang 95 peratus selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71685942148_ChowKonYeow.jpg)
Agihan kerusi PRN Pulau Pinang 95 peratus selesai
Proses pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Pulau Pinang sudah 95 peratus selesai.
![PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682310238_TBAmirudin.jpg)
PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN
Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan.
![Perbincangan agihan kerusi PN dijangka 5 Jun ini Perbincangan agihan kerusi PN dijangka 5 Jun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666860703_SamsuriMokhtar.jpg)
Perbincangan agihan kerusi PN dijangka 5 Jun ini
Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka diadakan pada 5 Jun depan.
![PRN: Agihan kerusi diputuskan hujung Mei - Bung Moktar PRN: Agihan kerusi diputuskan hujung Mei - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683803151_TBBungMoktar.jpg)
PRN: Agihan kerusi diputuskan hujung Mei - Bung Moktar
Agihan kerusi untuk parti politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu akan dimuktamad hujung Mei ini.