KOTA BHARU: Penghapusan tunggakan bil air Air Kelantan Sdn Bhd dan pemansuhan bayaran letak kereta di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) antara yang ditawarkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos ini.
Pengerusi parti Kerajaan Perpaduan Madani negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, sebanyak 34 tawaran diberikan untuk semua golongan masyarakat.
Menurut beliau, antara perkara lain ialah pembinaan segera terminal pengangkutan awam bersepadu (Kelantan Sentral) serta tiket percuma bas dan kereta api untuk mahasiswa anak Kelantan pergi dan pulang sebanyak dua kali setahun sehingga tamat pengajian.
"Melalui tawaran ini kita harap rakyat Kelantan dapat mengubah masa depan negeri. Ia bukan satu janji retorik tetapi akan direalisasikan untuk kesejahteraan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Tawaran Kepada Rakyat Kelantan di sini pada Sabtu.
Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi BN negeri memberitahu, tawaran turut memberi keutamaan kepada pemotongan sebanyak 50 peratus lesen perniagaan melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), kadar cukai pintu termasuk tunggakan, menurunkan semula premium tanah, caj pecah sempadan dan ubah syarat tanah serta bayaran doket tanah dan batuan.
Selain itu katanya, BN-PH juga mahu mewujudkan Perbadanan Kemajuan Kelantan Utara untuk memacu ekonomi di negeri itu melalui usaha pembangunan ekonomi sosial, pembasmian kemiskinan untuk membantu rakyat dengan lebih proaktif.
"Kita juga akan membina kira-kira 5,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun, selain diskaun rebat 50 peratus untuk bayaran proses pelan kediaman untuk rumah kali pertama terutama kepada golongan B40, belia dan yang baharu membina keluarga," katanya.
Tambah Jazlan, golongan pelajar Tingkatan Enam juga diutamakan dengan pemberian one-off RM3,000 untuk pembelian barangan sekolah.
"Selain itu, bantuan ibu bersalin untuk anak pertama sebanyak RM1,000 turut diberikan.
Jazlan turut memaklumkan, BN-PH akan mengembangkan syiar Islam di negeri ini sebagai perkara utama dengan mewujudkan jawatan guru al-Quran dan kelas al-Quran percuma di seluruh negeri.
"Kita wujudkan bantuan tahunan tetap kepada institusi pondok dan tahfiz serta bantuan RM2,000 kepada pasangan yang baharu berkahwin," katanya.
Antara tawaran lain adalah bantuan 'one-off' RM3,000 kepada pelajar anak Kelantan yang menerima tawaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 05 2023
Ahmad Jazlan berkata, antara keistimewaan lain untuk rakyat ialah bantuan 'one off' kepada pelajar institusi pengajian tinggi sebanyak sebanyak RM3,000. - Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Malaysia patut contohi Singapura jika mahu hapuskan korupsi
Ini bukan waktunya lagi untuk Malaysia melaungkan negara ini antirasuah tetapi tindakan ke arah itu tidak memberangsangkan.
Presiden Transparency International Malaysia, Dr Muhammad Mohan sebaliknya berpendapat, usaha itu mungkin memberikan hasil positif jika Malaysia dapat belajar daripada Singapura yang merupakan negara di Asia Pasifik paling kurang rasuah.
Presiden Transparency International Malaysia, Dr Muhammad Mohan sebaliknya berpendapat, usaha itu mungkin memberikan hasil positif jika Malaysia dapat belajar daripada Singapura yang merupakan negara di Asia Pasifik paling kurang rasuah.
Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkata, pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkatkan langkah-langkah penambaikan strategik untuk melonjakkan kedudukan negara dalam CPI.
Enam ditahan sindiket penipuan pinjaman peribadi
Seorang pegawai institusi kewangan antara enam individu ditahan, dipercayai terlibat dalam penipuan urusan pembiayaan peribadi, institusi kewangan rugi RM1.325 juta.
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian anak bongsu pasangan itu, dikongsi oleh Zaquan, yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan di Instagram Story pada Selasa petang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Februari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.
Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik
Diplomasi keselamatan siber boleh merapatkan jurang literasi digital dari segi keselamatan siber dalam kalangan negara ASEAN.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.