KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan optimis mampu memenangi sekurang-kurangnya 16 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Setiausaha BN Kelantan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad berkata pihaknya juga yakin mampu mempertahankan lapan kerusi yang dimenangi parti itu sebelum ini serta merampas lapan kerusi milik Pas.
"Setakat hari ini saya boleh sebut gabungan Pakatan Harapan (PH)-BN menjadikan kita yakin BN boleh pertahan lapan kerusi dan boleh tambah lapan. Kita mengharapkan gabungan PH-BN boleh melakukan perubahan di Kelantan," katanya pada Sidang Media PRN Kelantan PH-BN di sini hari ini.
Beliau berkata selain 16 kerusi daripada BN, pihaknya turut berharap sekurang-kurangnya tujuh kerusi dimenangi oleh PH yang akan membantu mencukupkan kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.
Pada PRN Kelantan kali ini, sebanyak 14 kerusi diputuskan ditandingi PH manakala 31 lagi oleh BN.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023

Pada PRN Kelantan kali ini, sebanyak 14 kerusi diputuskan ditandingi PH manakala 31 lagi oleh BN. - Gambar fail/BERNAMA
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

BN akan terus perjuang isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan - Ku Li
BN akan terus memperjuangkan isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan yang telah berlarutan puluhan tahun.

PRN: BN Kelantan optimis mampu menang 16 kerusi
Barisan Nasional (BN) Kelantan optimis mampu memenangi sekurang-kurangnya 16 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

PRN: BN, PH Kelantan umum calon 23 Julai
BN dan PH memilih 23 Julai ini sebagai tarikh keramat untuk mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan.

Senarai calon BN Kelantan 'beri muka' kepada Pas Kelantan
Analisis oleh wakil Astro AWANI di Kelantan, Muhafandi Muhamad.

ADUN BN boikot persidangan DUN Kelantan akan datang
Dua belas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) sepakat untuk memboikot persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan datang.