KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menafikan beliau bergaduh dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkaitan keputusan parti itu yang mahu membuat perubahan jawatan menteri besar dan timbalannya.
Beliau berkata, video tular itu sengaja merosakkan hubungan dan mencetus satu imej yang negatif dalam pimpinan Pas.
"Itu mengarut, memang betul-betul mengarut. Macam mana mereka-reka. Dan mereka ambil 'screen shot' siapa? Takkan Datuk Takiyuddin pun ada? Itu memang rekaan," katanya kepada pemberita selepas keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Panji di sini.
Mohd Amar dan isteri, Datin Hasmani Hussain mengundi di saluran dua kira-kira jam 8.30 pagi.
IKUTI PERKEMBANGAN PRN 6 NEGERI SECARA LANGSUNG DI SINI
LIHAT KEPUTUSAN PRN RASMI/ TAK RASMI DI SINI
Beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor berkata, pimpinan Pas tidak pernah bergaduh kerana semua perkara berkaitan parti akan berdepan mesyuarat.
"Setuju tidak setuju, apabila pimpinan membuat keputusan, kita akan patuh kepada keputusan. Itu amalan kita.
"Dalam mesyuarat memang tegang kerana ada pandangan berbeza tetapi kita patuh kepada keputusan parti," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Mohd Amar dikatakan bergaduh dengan Takiyuddin susulan pertukaran jawatan menteri besar dan timbalannya.
Media pada Jumaat melaporkan, Kelantan dijangka mempunyai menteri besar atau timbalan menteri besar baharu berikutan cadangan Pas menggabungkan agamawan dan teknokrat untuk jawatan menteri besar dan timbalannya.
Mohd Amar menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar selama dua penggal sejak 2013.
Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas sering terpalit dengan kontroversi susulan kenyataannya yang menimbulkan kemarahan rakyat terutama berkait isu bekalan air di Kelantan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 12 2023

Mohd Amar berkata, video tular itu sengaja merosakkan hubungan dan mencetus satu imej yang negatif dalam pimpinan Pas. - Gambar/ Sinar Harian

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.