KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan kononnya Perikatan Nasional (PN) memperoleh sokongan masyarakat Felda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Sabtu lepas.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata melihat kepada skor kad keputusan PRK itu secara umum, saluran satu iaitu untuk warga emas di ketiga-tiga Felda iaitu Kemasul, Kemahal dan Chemomoi memberi skongan padu kepada Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata saluran empat serta lima untuk golongan anak muda di dua felda dalam DUN berkenaan juga secara majoritinya menyokong kerajaan hari ini dengan mengundi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam.
"Kita lihat yang paling penting keputusan PRK Pelangai membuktikan bahawa rakyat Pelangai menolak politik perkauman, politik 3R (Agama, Bangsa dan Institusi Diraja) dan menyokong Kerajaan Perpaduan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Pos Sedunia 2023 di ibu pejabat Pos Malaysia di sini, hari ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah bahawa gabungan itu memperoleh undi masyarakat Felda di PRK DUN Pelangai.
Pada PRK DUN Pelangai Sabtu lepas, calon Amizar menang dengan majoriti 2,949 undi setelah memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon PN Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi serta calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli yang hanya meraih 47 undi.
Sementara itu Fahmi turut menafikan beberapa pihak kononnya kerajaan menyekat rakyat daripada bersuara dan menyatakan fakta berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata sebarang tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah berlandaskan undang-undang dan atas permintaan agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyekat akses kepada mana-mana laman web atau akaun.
"Ia tidak bersifat untuk mengekang hak kebebasan bersuara, cuma peringatan saya di Malaysia, kita ada hak bersuara tetapi kita juga ada batas undang-undang dan batas-batas adab," katanya.
Beliau juga memaklumkan setakat hari ini, tiada wartawan yang ditangkap atau surat khabar yang dihentikan perlesenannya di negara ini bagi menyekat kebebasan hak bersuara mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023

Fahmi turut menafikan beberapa pihak kononnya kerajaan menyekat rakyat daripada bersuara dan menyatakan fakta berkaitan Anwar. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.

PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan
Perbincangan bagi membantu komuniti perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif dan menjamin dasar mesra perniagaan.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

Kami mahu tahu betul atau tidak wujud Titah Adendum - Hamzah
Beliau dan rakan dalam PN berbuat demikian selepas dimaklumkan bahawa memang wujud Titah Adendum berkaitan kes bekas Presiden UMNO terbabit.

SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.

SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.