AMPANG: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah, Izham Hashim daripada Pakatan Harapan (PH) berdepan saingan empat penjuru di kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor itu dicabar calon Perikatan Nasional (PN), Fazil Mohamad Dali, juga dikenali sebagai Ayahanda Cik Ton atau Cik Ton.
Turut memberi tentangan di kerusi berkenaan ialah Lisa Redzuan yang juga Timbalan Ketua Parlimen MUDA Bandar Tun Razak mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
Dalam masa sama, seorang calon Bebas Sivaneswaran Ramasundram turut mengesahkan pencalonan di kerusi DUN Pandan Indah.
Sementara itu, kerusi DUN Teratai pula menyaksikan saingan satu lawan satu melibatkan dua muka baharu mewakili PH dan PN.
PH meletakkan Yew Jia Haur, manakala PN, Chew Han Keai.
Pengumuman rasmi calon di kedua-dua DUN berkenaan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pandan Indah, Julaihah Jamaludin dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Teratai, Ahmad Alhairi Mohamed Yusuf di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Perbandaraan MPAJ Pandan Indah, di sini sekitar pukul 10.30 pagi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Izham menang dengan majoriti 16,386 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Haniff Koslan dan Datuk Iskandar Abdul Samad (Pas) di DUN Pandan Indah.
Sementara kerusi DUN Teratai pada PRU14 dimenangi calon Parti Warisan (Warisan), Bryan Lai Wai Chong dengan majoriti 29,425 undi menewaskan Mohd Irman Abdul Wahab (Pas) dan Liew Pok Boon (Barisan Nasional).
Beliau mengumumkan keluar parti DAP pada April 2021 untuk menjadi wakil rakyat bebas sebelum menyertai Warisan pada Januari 2022.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi enam negeri pada 12 Ogos, manakala hari undi awal pada 8 Ogos.
Hasimi Muhamad
Sat Jul 29 2023
Dari kiri, Izham, Sivaneswaran, Fazil dan Lisa yang akan bertanding merebut kerusi DUN Pandan Indah pada PRN Selangor 12 Ogos ini. - Foto Astro AWANI
Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam dibincang Kabinet esok - PM Anwar
Cadangan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.]
Sistem e-SelfAudit atasi kegagalan CEO syarikat milik kerajaan urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan.
Parlimen: MOT umum syarikat baharu pusat pemeriksaan kenderaan motor esok - Loke
Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang akan diberi kelulusan untuk membuka Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) yang baharu esok.
4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina
Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.
Bomba selamatkan buruh binaan tertimbus tanah
Seorang buruh binaan warga Indonesia berdepan detik cemas apabila tertimbus tanah ketika kerja menggali lubang tangki kumbahan di Dungun.
Gagal serah notis, sebutan kes cerai Linda-Beego ditunda
Prosiding penceraian membabitkan pasangan pelakon Linda Hashim dan Beego ditangguhkan pada 6 Mac depan.
Parlimen: Peningkatan inflasi perubatan punca tuntutan insurans kesihatan naik
Peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat.
Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong
Mayat mangsa kejadian helikopter terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong telah dibawa keluar oleh pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihantar ke Hospital Bentong.
[TERKINI Mayat mangsa nahas helicopter dekat Bentong dibawa keluar
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
PRN: Penyandang DUN Pandan Indah tak gentar lawan Ayahanda Cik Ton
Izham Hashim tidak gentar dengan populariti di media sosial yang dimiliki pesaingnya, Fazil Mohamad Dali atau Ayahanda Cik Ton yang mewakili Perikatan Nasional (PN).
PRN: 'Budaya samseng itu cerita lama, beri peluang kepada saya' - Ayahanda Cik Ton
Fazil Mohamad Dali tidak mahu menjadikan kisah silamnya sebagai penghalang untuk berbakti kepada masyarakat, jika diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
PRN: Empat penjuru di DUN Pandan Indah, Cik Ton lawan Izham
Kerusi DUN Teratai pula menyaksikan saingan satu lawan satu melibatkan dua muka baharu mewakili PH dan PN.