SHAH ALAM: Jentera Pakatan Harapan (PH) akan memanfaatkan sepenuhnya tempoh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk menyebarkan kepada pengundi dan rakyat di Selangor berkenaan kejayaan dicapai sepanjang penggal pentadbiran pakatan itu.
Pengarah Pilihan Raya PH Selangor Mohd Yahya Mat Sahri berkata segala pencapaian dicatatkan kerajaan negeri akan digunakan sebagai bahan kempen pada PRN dalam meraih sokongan rakyat di Selangor yang rata-ratanya terdiri daripada golongan berpendidikan dan profesional.
"Tidak berguna berkempen dengan memberi tohmahan, tiada untung. Lebih baik fokus kepada apa yang kita sudah buat (lakukan) dan apa yang kita akan buat, saya rasa orang di Selangor lebih terima itu," katanya kepada Bernama.
Mohd Yahya berkata keupayaan PH mentadbir Selangor jelas terbukti selepas berjaya menyumbang lebih satu perempat daripada ekonomi negara atau 25.5 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun lepas.
"Ia bukan data dikeluarkan sembarangan, ia cukup terbukti, itu fakta. Kita tunjuk prestasi yang jauh lebih baik, sebab itu dengan inisatif kita (PH Selangor) sejak dari awal memang merakyatkan ekonomi dan sentiasa mendahulukan rakyat," katanya.
Mengulas mengenai rakan kerjasama Barisan Nasional (BN), beliau berkata kedua-dua parti, PH dan BN telah mencapai kesepakatan untuk bergerak seiringan bagi mencapai matlamat sama iaitu untuk memenangi pilihan raya.
"Di peringkat PH dan BN, selepas pimpinan Pusat serta negeri dah capai sepakatan untuk terus bergerak sama, kita terus bina satu komuniti. Alhamdulillah, kami okey sahaja dan tidak timbul isu. Seperti hari ini kita berbincang berkaitan pilihan raya, tidak sampai 20 minit sudah dapat kata sepakat," katanya.
Mengenai keyakinan rakyat terhadap gabungan tersebut, beliau berkata pihaknya percaya pengundi di Selangor sangat terbuka malah di peringkat Jawatankuasa Pilihan Raya PH menyasarkan untuk menawan 51 dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Selangor yang mempunyai sebanyak 3,747,057 pengundi bakal mengadakan PRN serentak dengan lima negeri iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH mendominasi Selangor dengan memenangi 51 kerusi, diikuti BN dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.
Kedudukan kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas. Satu lagi kerusi iaitu DUN Batang Kali diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023
Mohd Yahya berkata Jawatankuasa Pilihan Raya PH menyasarkan untuk menawan 51 dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. - Gambar fail/BERNAMA
Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.
Rancangan peluasan Israel jejas kestabilan Asia Barat, kata Pakistan
Pakistan menggesa pelaksanaan "gencatan senjata segera dan penuh."
Gencatan senjata: Malaysia bincang dengan Jepun, segerakan pembangunan semula Gaza
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan menghubungi rakan sejawatannya Shigeru Ishiba hari ini untuk membincangkan perkembangan mutakhir itu.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
SEZ Johor-Singapura, eratkan lagi integrasi dalam ASEAN - PM Anwar
JS-SEZ adalah inisiatif unik apabila kedua-dua negara bekerjasama membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan.
#AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 16 Januari 2025
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
AWANI Sabah+ | Setiap Khamis & Jumaat 8:25 Malam
Merentasi Laut China Selatan, hingga ke puncak Kinabalu. Kami bawakan lapopran ringkas, padat dan komprehensif. 5 minit AWANI Sabah+, setiap Khamis dan Jumaat 8:25 malam hanya di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Tiga pekerja restoran pengsan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Pengarah syarikat direman, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja.
PRN: Jentera PH tumpu sebar kejayaan kerajaan Selangor
Jentera PH akan memanfaatkan tempoh menjelang PRN untuk menyebarkan kepada pengundi di Selangor berkenaan kejayaan dicapai.
PRU15: Tiada keperluan bawa jentera luar - Asyraf Wajdi
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengakui terharu apabila ahli akar umbi parti itu menerimanya sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Gerik untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
PRU15: BN arah persiapan jentera di peringkat Parlimen dan DUN
Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam ini telah mengarahkan persiapan semua jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
PRU15: Pas arah jentera parti siap sedia, minta ahli terima semua ketetapan
Semua peringkat parti perlu menumpukan usaha memantapkan gerak kerja pilihan raya sebagaimana dirancang untuk dilaksanakan.
PRU15: Anwar umum Nurul Izzah ketuai jentera di Kedah, Pulau Pinang, Perlis
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar diberi tanggungjawab mengetuai jentera parti bagi Pulau Pinang, Kedah dah Perlis pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Jentera Bersatu Sabah perlu pendekatan baharu berkempen - Ronald Kiandee
Jentera pilihan raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah perlu kreatif dan berinovatif dalam berkempen bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang di era COVID-19.
PRN Melaka: SPR digesa teliti semula SOP, jangan keterlaluan - Mohamad Hasan
Menurut Mohamad Hasan, SOP yang dikenakan ketika ini memberi kesan kepada petugas jentera di lapangan.
PRN Melaka: 70 peratus kempen Pas melalui media sosial - Sanusi
Pas akan melaksanakan 70 peratus kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka melalui media sosial, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Muhammad Sanusi Md Nor.
PRN Melaka: UMNO gerak jentera dari seluruh negara - Zahid
UMNO akan menggerakkan jentera seluruh negara bagi membantu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.
Bersatu Labuan bersiap sedia hadapi PRU15
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Labuan menyiapkan jentera pilihan rayanya bagi memastikan parti itu bersedia pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.