JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak boleh dijadikan sebagai medan melepaskan 'geram' sebaliknya pengundi perlu membuat keputusan dengan mengambil kira manfaat dan kebaikan yang bakal diperoleh mereka jika memilih sesebuah parti politik.
Veteran UMNO Tan Sri Shahrir Samad berkata tindakan sedemikian hanya akan menjejaskan masa depan rakyat dan negeri.
"PRN ini bukan untuk melepaskan geram kerana hasutan atau polemik politik, ia serius bagi masa depan lima tahun akan datang. Ini bukan tempoh masa yang pendek," katanya ketika diwawancara dalam program Suara Johor yang disiarkan di Bernama TV hari ini.
Beliau berkata sebagai contoh, Barisan Nasional (BN) Johor sebelum ini telah merancang pelbagai program bagi pembangunan negeri dan rakyat namun terbantut selepas parti itu tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Justeru, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu berkata kestabilan politik yang diperjuang parti tersebut menerusi Ikhtiar BN amat penting dalam merencana masa depan Johor.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Ikhtiar BN Johor menggariskan lima teras utama iaitu kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, ikhtiar khusus untuk orang muda, membudayakan pentadbiran berintegriti dan melaksana reformasi politik.
Shahrir yakin kepimpinan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad mampu mengangkat Johor sebagai sebuah negeri makmur yang mempunyai ekonomi maju dan infrastruktur moden.
"Beliau telah menstabilkan sedikit keadaan di Johor tetapi beliau nak buat lebih lagi, dan dari segi pengalamannya, apabila digandingkan dengan tenaga baharu kelak...boleh menubuhkan satu pasukan lebih mantap," katanya.
Beliau berkata sebelum Hasni, Johor telah mengalami pertukaran Menteri Besar selepas PRU14 melibatkan Allahyarham Datuk Osman Sapian di bawah Pakatan Harapan (PH) yang meletak jawatan dan diambil alih oleh Datuk Dr Sahruddin Jamal sebelum kejatuhan PH.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian PRN Johor manakala undi awal pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022

Menurut Shahrir, tindakan sedemikian hanya akan menjejaskan masa depan rakyat dan negeri. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.