KUALA TERENGGANU: Pas yakin gabungan parti dalam Perikatan Nasional (PN) mempunyai peluang positif dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac nanti.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerjasama yang dibentuk dalam PRN kali ini juga dilihat lebih kukuh.
Katanya selain itu sokongan yang diterima juga turut menggalakkan termasuk dari pengundi muda yang dipamerkan pada pelancaran jentera PN negeri, baru-baru ini.
“Baru-baru ini kita buat pelancaran Perikatan Nasional peringkat negeri, sambutan yang sangat luar biasa. Sangat baik, Alhamdulillah khususnya di kalangan pengundi-pengundi muda dan kita yakin peluang Perikatan Nasional pada kali ini lebih baik daripada sebelum ini dan saya lihat kerjasama kali ini lebih kukuh berbanding di Melaka baru-baru ini,” katanya.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan ke tapak cadangan projek menaik taraf parit tanah kepada longkang konkrit di Kampung Kubang Parit, di sini hari ini.
Sementara itu Tuan Ibrahim berkata penyertaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam pilihan raya itu juga tidak menggugat peluang PN.
“MUDA sahaja (sendirian) tak (akan) menang, tidak bercampur orang tua. Saya tengok momentum itu hampir ada untuk setiap parti Perikatan Nasional. Bila kita buat perhimpunan baru-baru ini, gerak kerja yang berlaku di bawah, sambutannya amat baik dalam kalangan orang muda.
“Parti MUDA saya fikir belum diuji dan pengundi muda pun belum diuji. Jadi kali ini, kali pertama rakyat Johor berpeluang untuk memilih tapi saya rasa mereka bukan hanya melihat parti tersebut tetapi gabungan itu. Gabungan parti MUDA ini bergabung dengan siapa? Di belakang dia itu juga harus dilihat,” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, isu nasional yang sedang hangat boleh juga mempengaruhi pola pengundi terutama pengundi bandar.
Antaranya isu perbicaraan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Astro Awani
Thu Feb 24 2022
Menurut Tuan Ibrahim, sokongan yang diterima juga turut menggalakkan termasuk dari pengundi muda yang dipamerkan pada pelancaran jentera PN negeri, baru-baru ini. - Foto BERNAMA
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
Johor catat hasil RM2.1 bilion tahun lepas, tertinggi pernah direkodkan - Onn Hafiz
Beliau berkata pencapaian itu sekali gus menyaksikan jumlah tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri sebanyak RM1.9 bilion.
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
Melaka kesan cubaan sebar 'The Ahmadi'
Kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober tahun lalu juga telah fatwa ajaran itu sebagai sesat dan menunggu untuk diwartakan tidak lama lagi.
Pengubahan wang haram: Bekas CEO syarikat penyiaran pula ditahan
Kes pengubahan wang haram membabitkan seorang CEO syarikat penyiaran di Sarawak memasuki episod baharu apabila bekas CEO syarikat berkenaan turut ditahan.
Singapura yakin Malaysia angkat martabat agenda kelestarian
Singapura meletakkan harapan kepada Malaysia untuk memajukan agenda kelestarian rantau ini semasa mempengerusikan ASEAN 2025.
Menteri Luar Negeri, Dr Vivian Balakrishnan berkata, ini boleh dicapai dengan melengkapkan keperluan infrastruktur dan sokongan kewangan untuk peralihan tenaga boleh diperbaharui.
Menteri Luar Negeri, Dr Vivian Balakrishnan berkata, ini boleh dicapai dengan melengkapkan keperluan infrastruktur dan sokongan kewangan untuk peralihan tenaga boleh diperbaharui.
Thailand alu-alukan rakyatnya cari makan di Malaysia, kembali
Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham berkata, kerajaan Thailand mengalu-alukan rakyatnya termasuk yang masuk secara haram ke Malaysia untuk mencari rezeki di negara jiran, untuk kembali memandangkan pihak berkuasa negara itu giat meningkatkan sosial ekonomi penduduk terutamanya di wilayah Selatan.
Tujuh pertuduhan Muhyiddin Yassin didengar, dibicara bersama
Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang RM200 juta dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dibicarakan dan didengar bersama.
KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Ketua Polis Negara bantu mangsa di lokasi
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.