KUALA LUMPUR: Calon Pakatan Harapan (PH) N.48 Skudai, Marina Ibrahim mahu meneruskan kesinambungan khidmat baktinya di Johor kali ini dengan tetap memberi tumpuan kepada empat kelompok sasaran.
Katanya, kanak-kanak, warga emas, wanita dan peniaga kecil adalah golongan yang perlu dibela dan diberi sokongan supaya mereka tidak ketinggalan dalam mendapat limpahan kekayaan negeri itu.
Beliau tidak mahu berjanji, namun menjelaskan kerja yang telah dilakukan di Kulai, ketika menjadi Penyelaras DAP DUN Layang-Layang dan menjadi Ahli Jawatankuasa DAP Johor adalah teras tawarannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
“Warga emas ditinggalkan, bagaimana nak bantu mereka, itu penyelesaian yang ingin kita cari.
“Kita tahu kesibukan ibu bapa bekerja sekarang akibat pandemik ini ramai anak-anak yang terabai dan tercicir.
“Kalau di Kulai dulu kita banyak buat aktiviti bersana anak-anak keciciran terutamanya mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, mereka ini perlu kita bantu,” katanya.
Marina memaklumkan bahawa program untuk anak-anak di rumah-rumah pangsa yang dilaksana ketika berkhidmat di Kulai mahu diteruskan di Skudai, melihat kepada demografinya yang kurang lebih sama.
“Wanita juga kita kena bantu mereka untuk memperkasakan diri, bantu mereka cari sumber pendapatan seiring usaha untuk memperkasakan peniaga-peniaga kecil,” jelasnya lagi.
Seandainya dipilih, kata Marina beliau mahu mengusahakan perbincangan bersama kerajaan negeri untuk mempermudah hal ehwal perlesenan perniagaan serta menyumbangkan keperluan untuk mereka mengembangkan perniagaan.
“Cara saya membantu mereka, kita bagi mereka ‘pancing’ untuk mereka kembangkan perniagaan mereka sendiri.
“Kita tak nak rakyat yang meminta saja. Kita nak bina rakyat yang bermaruah, maksudnya boleh mencari pendapatan sendiri dan kembangkan perniagaan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI Johor Memilih bersama Nazri Kahar. Tonton di sini:
Israr Khalid
Mon Mar 07 2022

Pengalaman sebagai Ahli Jawatankuasa DAP Johor jadi bekalan buat Marina untuk bertanding di Skudai. - Astro AWANI

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.