KLUANG: MIC perlu memenangi semua empat kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini bagi membantu Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri yang stabil sekali gus mengembalikan zaman kegemilangan parti kaum India itu.
Pengerusi MIC Johor R. Vidyananthan berkata mengekalkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimilikinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan merebut dua kerusi DUN baharu yang diberi peluang untuk bertanding pada PRN Johor adalah mustahak buat parti itu.
"Peranan MIC sebagai parti komponen dalam BN sangat penting. Apabila kita diberi empat kerusi, maka MIC perlu sumbangkan keempat-empat kerusi itu kepada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri. Saya percaya tiada alternatif lain selain menang empat kerusi DUN ini untuk BN," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Bernama.
MIC bertanding di DUN Kahang, Tenggaroh, Bukit Batu dan Kemelah atas tiket BN pada PRN Johor Sabtu ini. Pada PRU 14, parti itu menang di DUN Tenggaroh dan Kahang manakala tewas di DUN Gambir dan Skudai.
Vidyanathan yang juga calon BN bagi kerusi DUN Kahang berkata persediaan parti berusia 76 tahun itu bagi PRN Johor telah dimulakan lebih awal, justeru beliau yakin MIC mampu meraih sokongan pengundi di keempat-empat DUN yang ditandingi kerana calon BN juga mewakili semua kaum.
Dalam perebutan kerusi Kahang, Vidyananthan dicabar oleh Daud Yusof mewakili Perikatan Nasional (PN), Rohani Banu Abd Rahman Krishnan daripada Pakatan Harapan (PH) dan Rosdi Amir mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Sementara itu, penyandang kerusi DUN Tenggaroh K. Raven Kumar yang bertanding mempertahankan kerusi itu berkata MIC harus menyumbangkan kemenangan di DUN berkenaan buat BN bagi menjamin kestabilan politik dan masa depan Johor.
Ketua Pemuda MIC Kebangsaan itu menyifatkan undi anak muda sebagai penghormatan kepada golongan belia untuk menentukan masa depan negara, di mana undi mereka juga penting bagi MIC dan BN dalam PRN Johor agar dapat mengembalikan kemakmuran negeri itu.
Raven akan dicabar Roslan Nikmat daripada Perikatan Nasional (PN), Zulinah A Johari (PH) dan Mohd Firdaus Abd Rahman (Pejuang) pada PRN kali ini.
Bagi calon BN DUN Kemelah N. Saraswati, kemenangan di DUN berkenaan amat signifikan buat MIC kerana boleh membawa suara wanita ke peringkat negeri dan berjuang untuk golongan hawa.
Dengan berbekalkan pengalaman berkhidmat selama 33 tahun dalam MIC, beliau yang juga Ketua Wanita MIC Negeri Johor yakin mampu meraih sokongan daripada pengundi kawasan berkenaan tanpa mengira agama dan kaum.
DUN Kemelah menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Normala Sudirman (PN), Dr Sulaiman Mohd Noh (PKR) dan Noriza Sahardin (Pejuang)
MIC juga mempertaruhkan S.Suppayah atas tiket BN dalam persaingan empat penjuru di DUN Bukit Batu membabitkan Lee Ming Wen dari Parti Warisan (Warisan), Tan Heng Choon (PN) dan Arthur Chiong Sen Sern (PKR).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022

Pengerusi MIC Johor R. Vidyananthan berkata mengekalkan dua kerusi DUN yang dimilikinya pada PRU14 dan merebut dua kerusi DUN baharu yang diberi peluang untuk bertanding pada PRN Johor adalah mustahak buat parti itu. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon tempatan lebih baik - MIC
Bagaimanapun, katanya, terserah kepada UMNO untuk buat pilihan dan MIC akan bekerja keras menarik sokongan pengundi, khususnya masyarakat India.

Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.

Bekas Presiden MIC Dr Subramaniam terima anugerah Pravasi Bhartiya Samman dari India
Bekas Presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India, semalam.

Titah Adendum: Ratusan penyokong Najib memenuhi kawasan Kuil Murugan
Kehadiran mereka sebagai tanda solidariti terhadap Najib berhubung prosiding di Mahkamah Rayuan berkait Titah Adendum.

MIC akan hantar ribuan ahli berhimpun untuk Najib
Katanya, kehadiran wakil MIC sebagai penghormatan buat Najib yang disifatkan sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada masyarakat dan negara.

MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.

Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.

Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
Datuk T. Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.

MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu
MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.

PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN
Vigneswaran berkata ia berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima semasa berkempen selain usaha kerajaan Johor jaga kebajikan kaum India.