KLUANG: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, antara 'kerusi panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, mencuri tumpuan apabila calon yang bertanding melakukan percubaan pada saat-saat terakhir untuk memancing undi daripada kaum India.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Layang-Layang Abdul Mutalib Abd Rahim turun padang ke Taman Sri Jaya Renggam dan Taman Sri Layang-Layang untuk bersemuka dengan masyarakat India di kawasan itu ketika berkempen.
Beliau ditemani Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang membantu berkempen dalam Bahasa Tamil bagi memikat hati pengundi kaum India di DUN itu.
Abdul Mutalib berkata beliau sangat rapat dengan masyarakat kaum India khususnya ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Layang-Layang sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
"Kami datang balik jumpa seperti jumpa kawan lama. Hubungan kami sangat baik, rapat dan mereka memberikan respons yang baik untuk menangkan saya dan BN," katanya kepada Bernama di Taman Sri Layang-Layang pada Khamis.
Berbekalkan sokongan MIC dan semua bantuan yang diberikan seperti mendapatkan geran rumah kepada komuniti tersebut di kawasan berkenaan, bekas Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Warisan Negeri Johor itu yakin dapat meraih sokongan mereka.
Calon Perikatan Nasional (PN) K. Alagathiran pula berkata beliau telah merancang pelbagai program dan usaha untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India seperti mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan belia serta membina sebuah dewan komuniti khas untuk mereka.
Ketua Pemuda Sayap Bersekutu Bersatu Negeri Johor itu juga berkata pertembungan empat penjuru di DUN Layang-Layang bakal menyaksikan perpecahan undi dalam kalangan pengundi Melayu.
Sebanyak 13 peratus daripada 25,147 pengundi berdaftar iaitu 3,300 pengundi di DUN itu adalah kaum India.
Sebelum ini, calon PKR Dr Maszlee Malik turut memuat naik video berdurasi 21 saat di laman Facebooknya yang memaparkan beliau berkempen dalam Bahasa Tamil sambil meniru aksi tangan pelakon legenda Rajinikanth.
Maszlee meniru aksi Rajinikanth dalam filem 'Sivaji The Boss' dengan menggayakan cermin mata gelap di hujung video itu yang dilihat sebagai usaha beliau untuk menarik perhatian pengundi India di DUN berkenaan.
Perebutan kerusi DUN Layang-Layang adalah antara Maszlee, Alagathiran, Abdul Mutalib dan Ahmad Shafiq Othaman daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022

Abd Mutalip ketika berucap pada pertemuan beliau bersama masyarakat India di Simpang Renggam. -Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

PRN Johor: Terlalu awal bicara jawatan MB, fokus menang dahulu - Maszlee
Maszlee berkata, urusan pelantikan Menteri Besar Johor selepas mana-mana pihak mendapat mandat rakyat, tertakluk kepada perkenan Sultan Johor.