JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpandangan tiada alasan untuk menyekat Barisan Nasional (BN) daripada terus memerintah di Johor, bagi menghalang pemimpin rasuah.
Menurut Khairy, ini kerana Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang memimpin negeri tersebut tidak terpalit dengan kontroversi itu, selain mempunyai kredibiliti yang tinggi serta diterima pengundi.
"Kenapa perlu nak 'rehatkan' kita di sini pula... kita parti yang menawarkan Ikhtiar Barisan Nasional (manifesto) untuk rakyat. Tak ada apa-apa atau kena mengena pun dengan pemimpin-pemimpin yang rasuah.
"Sekarang ini ketua parti kita di Johor adalah Datuk Hasni, yang mana kredibiliti dia tinggi, dan pengundi pun terima dia," katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan ke Klinik Kesihatan Gelang Patah, di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Kesihatan berkata kerajaan Persekutuan ketika ini juga dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak mempunyai sebarang masalah dari segi salah laku.
"Jadi, saya tak nampak di situ apa yang dimaksudkan (untuk menyekat BN di Johor)," tambah Khairy.
Pada masa yang sama, Khairy berkata setiap parti mempunyai peluang yang sama untuk menambat hati rakyat termasuk parti baharu seperti MUDA.
Justeru beliau berkata, tidak wajar untuk memperlekehkan mana-mana parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
"Good luck to everyone. Perlu kita buat secara sihat dan kita pun telah mengesyorkan prosedur operasi standard (SOP) yang agak baik... ada peluang untuk mereka beri ceramah walaupun tidaklah besar-besaran.
"Selamat maju jaya kepada semua termasuk MUDA. Beri peluang kepada mereka untuk berkempen, tetapi bila nak undi itu, sudah tentu undilah BN," kata Khairy sambil ketawa.
Hasimi Muhamad
Sat Mar 05 2022

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpandangan tiada alasan untuk menyekat Barisan Nasional (BN) daripada terus memerintah di Johor, bagi menghalang pemimpin rasuah. - Foto BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.

Pusat Kelestarian Johor bakal ditubuhkan
Inisiatif itu sejajar dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang dilancarkan Kementerian Ekonomi baru-baru ini.

Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian
Timbalan Menteri Kewangan itu memperoleh 388 undi, berbanding lawannya Datuk Seri Hasni Mohammad yang hanya meraih 291 undi.

'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.

Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menjelaskan sudah menjadi adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya.

Kaukus Ahli Parlimen Johor pacu pembangunan negeri - Hasni
Perbincangan mengenai penubuhan kaukus itu dijangka diadakan selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.

Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Johor akan jadi tiang seri kemenangan BN - Hasni
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Hasni Mohammad yakin negeri ini akan menjadi tiang seri kepada kemenangan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

PRU15: Perancangan ADUN BN Johor diketengahkan sewaktu kempen
Hasni berkata 40 wakil rakyat itu yang telah memenangi PRN Johor pada Mac lepas akan membantu kempen di kawasan masing-masing.