KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.
"Tahniah Barisan Nasional di atas kemenangan dalam #PRNJohor," kata Naib Presiden UMNO itu dalam hantaran laman Facebook beliau malam tadi.
Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN pada plihan raya negeri itu.
"Masa untuk Kestabilan Masa Depan rakyat Johor!," kata beliau dalam hantaran itu.
BN memperoleh majoriti mudah menerusi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor untuk membentuk kerajaan negeri, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat 10.21 malam tadi.
Sebanyak 56 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN Johor kali ini.
DUN Johor dibubarkan pada 22 Jan lepas manakala penamaan calon diadakan pada 26 Feb lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022
Ismail Sabri melambaikan tangan ketika hadir ke Command Centre Barisan Nasional di Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Johor Bahru, malam tadi. --fotoBERNAMA
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Feb ini.
Penghantar barang didakwa tipu urusan jual beli kenderaan lelong JPJ
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Sungai Serdang, Kapar, dekat Kuala Selangor antara 11 Sept dan 3 Okt 2024.
Mahkamah tetapkan 28 April untuk pendengaran rayuan kes dadah Yasin
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 April depan bagi mendengar rayuan Muhammad Yasin Sulaiman, yang kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas disabitkan atas tiga kesalahan berkaitan dadah.
ASEAN 2025 | 5 Februari 2025
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawakan tumpuan berikut:
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai kuasa untuk menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada syarikat dan peniaga pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.
Thai mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Thailand mahu Malaysia bantu memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya di peringkat awal persekolahan lebih-lebih lagi untuk menerapkan kemahiran mengajar bagi mencapai matlamat melahirkan modal insan yang mementingkan segala aspek kehidupan.
Singapura mungkin bukan sasaran tarif langsung AS, kata Vivian Balakrishnan
Amerika Syarikat mungkin tidak mengenakan tarif langsung ke atas barangan dari Singapura, kata menteri luarnya vivian balakrishnan.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Thailand sekat bekalan elektrik ke Myanmar
Thailand memotong bekalan elektrik rentas sempadan ke lima lokasi di Myanmar pada hari Rabu (5 Feb), dalam usaha untuk membanteras pusat penipuan dalam talian yang disalahkan kerana menakutkan pelancong China.
KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.
Anwar ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baharu UK
Perdana Menteri menyifatkan perkongsian antara Malaysia dan Britain setakat ini adalah sesuatu yang berkekalan.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
PM Anwar pemimpin pertama ucap tahniah kepada Prabowo
Anwar Ibrahim menyampaikan salam tahniah kepada Prabowo Subianto selepas dipilih sebagai Presiden Indonesia baharu.
PRK Kemaman: Anwar ucap tahniah, harap kemenangan Samsuri redakan suhu politik
Anwar berkata, kemenangan Ahmad Samsuri sekurang-kurangnya dapat meredakan suhu politik negara.
Anwar ucap tahniah kepada Amizar menang kerusi DUN Pelangai
Anwar berkata kemenangan itu menjadi kesinambungan kecemerlangan di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.
Pemimpin UAE utus ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Kebangsaan
Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum dan Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan turut menghantar perutusan sama kepada Agong dan Perdana Menteri.
PM ke-10: Ismail Sabri ucap tahniah kepada Anwar
Ismail Sabri turut mendoakan Kerajaan baharu ini dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara.
Sukan Komanwel: PM ucap tahniah kejayaan Pearly Tan-M Thinaah raih pingat emas ketujuh
Pasangan itu mengalahkan beregu dari England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 pada aksi final.
Agong ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023
Seri Paduka menzahirkan rasa syukur dan sukacita atas kejayaan serta semangat juang yang dipamerkan di pusingan kelayakan yang berakhir semalam.