MERSING : Kurang dari tempoh 24 jam bagi aktiviti berkempen, calon PN N.32 Endau, Alwiyah Talib menyatakan hasratnya untuk meneruskan segala tugas-tugas yang tergendala di kawasan itu.
Menurutnya, terdapat beberapa perkara yang telah dirancang sebelum ini namun ia terhenti akibat daripada pembubaran DUN Johor.
Ujar Alwiyah, isu pembangunan sekolah menengah antara perancangan utamanya di kawasan itu yang perlu disegerakan.
“Kawasan DUN Endau ini cuma ada satu sekolah menengah dan bagi saya dah sampai masa untuk kita bina sebuah lagi sekolah untuk tampung kepadatan pelajar yang semakin bertambah.
“Isu lain yang lebih besar jika ada pasangan suami isteri yang bertugas sebagai guru, maka mereka akan ditempatkan di sekolah sama dan situasi ini memang tak sesuai, tapi takkan kita nak pindahkan mereka ke kawasan jauh,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri ceramah umum PN di Endau pada malam Khamis.
Tambah Alwiyah, perkara tersebut juga telah mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum terbubar DUN.
Selain itu, isu perumahan kos rendah antara yang menjadi perkara tumpuan terhadap mantan DUN Endau itu.
Sebelum ini, beliau telah mengusahakan projek perumahan kos rendah secara sewa beli bagi memastikan golongan B40 khususnya mempunyai kemampuan untuk memiliki kediaman.
Bagaimanapun, pergolakan politik yang berlaku mengakibatkan sebahagian perancangan yang ingin dilaksanakan menjadi tergendala.
Ini termasuk isu jalan raya yang menjadi topik ‘panas’ dalam kalangan penduduk sejak sekian lama.
Ditanya mengenai tempoh kemuncak bagi aktiviti berkempen, Alwiyah berkata akan berusaha untuk mendekati seramai mungkin pengundi di kawasannya bagi mendapatkan kepercayaan.
Tambahnya, beliau yakin pengundi mampu untuk menilai sepanjang tempoh perkhidmatannya sebelum ini bagi tempoh lebih tiga tahun.
“Saya merayu untuk diberi peluang sekali lagi bukan untuk apa, tapi untuk saya teruskan banyak lagi perkara yang belum sempat saya selesaikan.
“Bukan nak bangga diri, tapi saya bersyukur sepanjang saya berkhidmat untuk Endau mereka (pengundi) dapat terima saya seadanya.
“Pengundi tahu apabila saya diberikan amanah, saya akan berusaha sehabis baik,” katanya lagi.
Terdahulu, beliau menghadiri ceramah umum PN yang disampaikan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir, Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abd Latiff Ahmad dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Radzi Jidin.
Alwiyah bakal menerima tentangan daripada calon Barisan Nasional (BN) Mohd Youzaimi Md Yusof, (PH), Mohamad Fakrulradzi Mahmud, (Pejuang) Noorhisyam Ibrahim, dan calon Bebas, Ismail Don.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 12 Mac untuk hari mengundi.
Hilmi Malik
Fri Mar 11 2022
![PRN Johor: 'Saya nak selesaikan urusan yang tergendala' - Alwiyah PRN Johor: 'Saya nak selesaikan urusan yang tergendala' - Alwiyah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646965640_TBAlwiyahTalib.jpg)
Alwiyah berharap pengundi dapat memberi peluang untuk beliau teruskan perkhidmatan di Endau. - Astro AWANI
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![ADUN Endau kemalangan, terima 19 jahitan ADUN Endau kemalangan, terima 19 jahitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712033966_tbkemalangancedera.jpg)
ADUN Endau kemalangan, terima 19 jahitan
Alwiyah yang mengalami kecederaan di dagu dan mulut menerima 19 jahitan dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu.
![PRN Johor: Alwiyah selesai tunai tanggungjawab PRN Johor: Alwiyah selesai tunai tanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647047689_TBUNDI.jpg)
PRN Johor: Alwiyah selesai tunai tanggungjawab
Beliau tiba sekitar jam 8.15 pagi diringi suami dan anak-anaknya.
![PRN Johor: 'Saya nak selesaikan urusan yang tergendala' - Alwiyah PRN Johor: 'Saya nak selesaikan urusan yang tergendala' - Alwiyah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646965640_TBAlwiyahTalib.jpg)
PRN Johor: 'Saya nak selesaikan urusan yang tergendala' - Alwiyah
Terdapat beberapa perkara yang telah dirancang sebelum ini namun ia terhenti akibat daripada pembubaran DUN Johor.
![PRN Johor: Calon PN popular, Endau bukan lagi kubu kuat BN Muhyiddin PRN Johor: Calon PN popular, Endau bukan lagi kubu kuat BN Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646904026_MuhyiddinYassin.jpg)
PRN Johor: Calon PN popular, Endau bukan lagi kubu kuat BN Muhyiddin
Calon PN Alwiyah Talib sememangnya mempunyai rekod perkhidmatan yang baik sepanjang perkhidmatannya di kerusi berkenaan.
![PRN Johor: Ketua Wanita UMNO sebak kenangkan perbuatan Alwiyah PRN Johor: Ketua Wanita UMNO sebak kenangkan perbuatan Alwiyah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61646044959_KetuaWanitaUMNON.jpg)
PRN Johor: Ketua Wanita UMNO sebak kenangkan perbuatan Alwiyah
Normidiah Sukimin sifatkan Alwiyah Talib mengkhianati parti setelah jentera Barisan Nasional banyak membantu kerjaya politiknya selama ini.
![PRN Johor: 'Saya lompat demi pengundi Endau' - Alwiyah PRN Johor: 'Saya lompat demi pengundi Endau' - Alwiyah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645981230_PilihanRayaJohor.jpg)
PRN Johor: 'Saya lompat demi pengundi Endau' - Alwiyah
Tindakan pada ketika itu juga diambil disebabkan usaha untuk mestabilkan politik di negeri Johor.
![PRN Johor: Tidak tepati SOP, ceramah Alwiyah tak dapat diteruskan PRN Johor: Tidak tepati SOP, ceramah Alwiyah tak dapat diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645975449_AlwiyahTalibSOP.jpg)
PRN Johor: Tidak tepati SOP, ceramah Alwiyah tak dapat diteruskan
Aktiviti berkempen bagi calon DUN N.32 Endau, Alwiyah Talib dari Perikatan Nasional (PN) tidak dapat diteruskan setelah didapati tidak menepati sop.
![Banjir: Pengusaha keropok lekor Mersing mohon bantuan kerajaan Banjir: Pengusaha keropok lekor Mersing mohon bantuan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610077084_KedaiKeropok.jpg)
Banjir: Pengusaha keropok lekor Mersing mohon bantuan kerajaan
Pengusaha keropok lekor, Abdul Halim Othman, mengakui pendapatannya merosot hampir 80 peratus kerana tiada lagi pengunjung akibat bencana banjir ketika ini.
![Tengkujuh punca longokan sampah di Pantai Mersing - Penduduk Tengkujuh punca longokan sampah di Pantai Mersing - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51609305992_SampahMersing.jpg)
Tengkujuh punca longokan sampah di Pantai Mersing - Penduduk
Menyifatkan ia sering berlaku sewaktu musim tengkujuh, para penduduk turut akui ia sedikit sebanyak menjejaskan pandangan.