ISKANDAR PUTERI: Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Johor, Suhaizan Kaiat pada Ahad memaklumkan Warta Kerajaan berhubung pembubaran DUN Johor berkuat kuasa 22 Januari.
Warta itu memaklumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mempunyai peruntukan untuk membubarkan DUN Johor yang ke-14 mengikut Fasal 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895.
Watikah berkenaan diserahkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan susulan pembubaran DUN Johor.
“Saya telah menerimanya pagi tadi dan pemasyhuran bertarikh 22 Januari 2022 ini telah diwartakan dan saya telah memaklumkan kepada SPR berkenaan pemansuhan DUN Johor petang ini. SPR akan melaksanakan proses seterusnya iaitu mengadakan PRN dalam masa 60 hari,” katanya, ketika membacakan watikah pembubaran DUN Johor, di pejabatnya di Bangunan DUN Johor di sini, pada Ahad.
Terdahulu, Suhaizan turut menyerahkan warta pemasyhuran pembubaran DUN Johor, kepada Pengarah SPR Johor, Nor Nekman Jaimon, di pejabat Speaker di sini, pada Ahad.
LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Beliau sebelum itu, menerima warta tersebut daripada Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pagi tadi.
Dalam pada itu, Suhaizan ketika diminta mengulas mengenai kedudukannya sebagai Speaker, beliau berkata masih menjalankan tugas tersebut masih digalas sehingga kerajaan negeri baharu dibentuk dan pelantikan Speaker DUN dibuat.
"Saya masih lagi Speaker DUN Johor sehingggalah kerajaan negeri baharu dibentuk dan Speakar baharu dilantik," katanya.
Sementara itu, SPR Johor akan merujuk ibu pejabatnya sebelum membuat persediaan termasuk mesyuarat khas bagi membincangkan urusan PRN Johor ke-15.
Nor Nekman berkata, ia bagi membolehkan ibu pejabat SPR memaklumkan butiran persediaan yang perlu dilakukan negeri.
Astro Awani
Sun Jan 23 2022
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Suhaizan Kaiat (kiri) menyerahkan Warta Pemasyuran Pembubaran DUN Johor kepada Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor Nor Nekman Jaimon hari ini. - fotoBERNAMA
Op Sky: Syarikat kewangan tawar komisen bawa pelanggan baharu
SPRM mendapati syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky, menawarkan komisen kepada pelanggannya yang memperkenalkan pelanggan baharu.
AWANI Borneo [4/2/2025] – Tahap Buruk | APM Bantu Calon SPM Terperangkap | Kenal Pasti Lokasi Berisiko
Tumpuan AWANI Borneo 4 Feb 2025 bersama Pia Ernadya
- Hujan berterusan tahap buruk di Sabah dan Sarawak diramal sehingga Rabu
- APM Sandakan bantu calon SPM terperangkap di kampung ke sekolah
- Tanah runtuh: JKR Laksana Kajian Terperinci Struktur Bukit Kanada
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Hujan berterusan tahap buruk di Sabah dan Sarawak diramal sehingga Rabu
- APM Sandakan bantu calon SPM terperangkap di kampung ke sekolah
- Tanah runtuh: JKR Laksana Kajian Terperinci Struktur Bukit Kanada
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Pasangan kekasih bebas pertuduhan miliki, edar dadah
Sepasang kekasih terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah.
Tanah runtuh: JKR Laksana Kajian Terperinci Struktur Bukit Kanada
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, kajian ini bertujuan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi serta mencadangkan langkah mitigasi yang perlu diambil dengan kadar segera.
Semua pihak perlu bekerjasama tangani banjir - Jeffrey
Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata beberapa pendekatan perlu dilaksanakan antaranya penyelenggaraan parit-parit di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sepanjang 170.5 km yang dijalankan secara berkala dengan skop utama pembersihan kelodak dan tumbuh-tumbuhan di dalam parit.
Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina
Tiada cadangan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan umum terlebih dahulu.
26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan
Setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga.
JPBD Sibu fokus usaha hantar bantuan makanan di Sibu
AWANI Borneo menyertai operasi khas penghantaran bantuan makanan kepada mangsa-mangsa yang terjejas di luar bandar Sibu, yang diketuai Pejabat Kebajikan Masyarakat Sibu
JBPM terima lebih 900 panggilan kecemasan di Sabah, Sarawak
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata panggilan yang paling tinggi diterima di Sarawak dengan 550 panggilan
Bekas Presiden Peka gagal rayuan ketepi tuduhan duduki tanah kerajaan tanpa kebenaran
Mahkamah Rayuan menolak permohonan bekas Presiden Peka Shariffa Sabrina Syed Akil untuk mengetepikan tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.