MUAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa melakukan penguatkuasaan lebih ketat semasa proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.
Ia termasuk mengeluarkan larangan membawa masuk telefon bimbit ke dalam pusat pengundian, kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Beliau mencadangkan mekanisme itu dilaksanakan bagi mengelak senario ‘sogokan’ dengan cara mengambil gambar kertas undi seperti yang didakwanya berlaku pada PRN Melaka, November tahun lalu.
“Saya minta SPR untuk cari satu mekanisme kerana saya hendak beritahu secara terus terang, pada PRN Melaka lalu, sesiapa yang tunjuk kertas undi, dapat sejumlah wang daripada parti tertentu.
"Saya ada bukti rakaman video perbualan telefon antara jentera parti politik itu, meminta pengundi ambil gambar dan ditunjuk kepada jentera, supaya dapat dituntut wang RM200.
"Jadi, ini satu perkara yang melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya. Bukan sahaja pemberian wang itu melanggar Akta SPR, tetapi tindakan mengambil gambar kertas undi itu juga menjadi satu kesalahan,” katanya ketika ditemui di Pasar Awam Parit Jawa di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu masuk campur dan memantau perjalanan proses pengundian PRN Johor.
“Saya mohon sokongan daripada semua pemimpin politik supaya menjaga kerahsiaan.
"Kalau SPR tak mampu tempatkan petugas untuk pantau proses pengundian supaya tidak ada tindakan mengambil gambar undi itu, ketatkan prosedur operasi standard (SOP) supaya tidak perlu bawa telefon pintar di tempat pembuangan undi.
“Saya mohon SPRM juga untuk memantau dengan lebih ketat proses-proses pembelian undi ini menjelang PRN Johor, yang saya yakin ia akan semakin rancak, untuk merasuah para pengundi,” katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Mar 06 2022

MOHD RAFIQ: Kalau SPR tak mampu tempatkan petugas untuk pantau proses pengundian supaya tidak ada tindakan mengambil gambar kertas undi, ketatkan SOP supaya tidak perlu bawa telefon pintar di tempat pembuangan undi. - Foto Astro AWANI
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

"Kenapa rampas telefon bimbit saya?" - Syed Saddiq persoal tindakan polis, SKMM
Syed Saddiq persoal tindakan pihak polis merampas telefon bimbitnya ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Sabtu.

Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan
Seorang remaja perempuan yang didakwa hilang ketika bersenam di kawasan perumahannya di TTDI Jaya, di sini akhirnya ditemui selepas usaha pencarian dilakukan media sosial.

Wanita maut jatuh dari lot parkir sempat rakam pergaduhan dengan suami
Pasangan yang baru dua minggu melangsungkan perkahwinan itu dipercayai bertengkar beberapa jam selepas menghadiri perlawanan besbol, antara Cardinals dan Cubs, di Stadium Busch di St. Louis, Missouri.

Lelaki curi telefon bimbit maut dipukul
Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM)hari ini.

Lorong pejalan kaki bagi 'zombie telefon bimbit' diwujudkan di China
Dua laluan diasingkan dengan garisan putih yang bertulis "telefon bimbit - berjalan di lorong ini atas risiko anda sendiri" dan satu lagi lorong "tidak menggunakan telefon bimbit-.

Guna kasut untuk mengecas telefon bimbit
Seorang pelajar sekolah menengah di Filipina, tampil dengan idea bijak apabila dilaporkan berjaya menghasilkan tenaga dari sepatu.