MUAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa melakukan penguatkuasaan lebih ketat semasa proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.
Ia termasuk mengeluarkan larangan membawa masuk telefon bimbit ke dalam pusat pengundian, kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Beliau mencadangkan mekanisme itu dilaksanakan bagi mengelak senario ‘sogokan’ dengan cara mengambil gambar kertas undi seperti yang didakwanya berlaku pada PRN Melaka, November tahun lalu.
“Saya minta SPR untuk cari satu mekanisme kerana saya hendak beritahu secara terus terang, pada PRN Melaka lalu, sesiapa yang tunjuk kertas undi, dapat sejumlah wang daripada parti tertentu.
"Saya ada bukti rakaman video perbualan telefon antara jentera parti politik itu, meminta pengundi ambil gambar dan ditunjuk kepada jentera, supaya dapat dituntut wang RM200.
"Jadi, ini satu perkara yang melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya. Bukan sahaja pemberian wang itu melanggar Akta SPR, tetapi tindakan mengambil gambar kertas undi itu juga menjadi satu kesalahan,” katanya ketika ditemui di Pasar Awam Parit Jawa di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu masuk campur dan memantau perjalanan proses pengundian PRN Johor.
“Saya mohon sokongan daripada semua pemimpin politik supaya menjaga kerahsiaan.
"Kalau SPR tak mampu tempatkan petugas untuk pantau proses pengundian supaya tidak ada tindakan mengambil gambar undi itu, ketatkan prosedur operasi standard (SOP) supaya tidak perlu bawa telefon pintar di tempat pembuangan undi.
“Saya mohon SPRM juga untuk memantau dengan lebih ketat proses-proses pembelian undi ini menjelang PRN Johor, yang saya yakin ia akan semakin rancak, untuk merasuah para pengundi,” katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Mar 06 2022
![PRN Johor: Syor larang bawa telefon bimbit ketika mengundi - Mohd Rafiq PRN Johor: Syor larang bawa telefon bimbit ketika mengundi - Mohd Rafiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646540216_MOHDRAFIQNAIZAMOHI.jpg)
MOHD RAFIQ: Kalau SPR tak mampu tempatkan petugas untuk pantau proses pengundian supaya tidak ada tindakan mengambil gambar kertas undi, ketatkan SOP supaya tidak perlu bawa telefon pintar di tempat pembuangan undi. - Foto Astro AWANI
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Kenapa rampas telefon bimbit saya? - Syed Saddiq persoal tindakan polis, SKMM Kenapa rampas telefon bimbit saya? - Syed Saddiq persoal tindakan polis, SKMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621667926_SyedSaddiq.jpg)
"Kenapa rampas telefon bimbit saya?" - Syed Saddiq persoal tindakan polis, SKMM
Syed Saddiq persoal tindakan pihak polis merampas telefon bimbitnya ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Sabtu.
![Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600183795_TBRajaFara.jpg)
Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan
Seorang remaja perempuan yang didakwa hilang ketika bersenam di kawasan perumahannya di TTDI Jaya, di sini akhirnya ditemui selepas usaha pencarian dilakukan media sosial.
![Wanita maut jatuh dari lot parkir sempat rakam pergaduhan dengan suami Wanita maut jatuh dari lot parkir sempat rakam pergaduhan dengan suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61531133555_suamiisterigaduh.jpg)
Wanita maut jatuh dari lot parkir sempat rakam pergaduhan dengan suami
Pasangan yang baru dua minggu melangsungkan perkahwinan itu dipercayai bertengkar beberapa jam selepas menghadiri perlawanan besbol, antara Cardinals dan Cubs, di Stadium Busch di St. Louis, Missouri.
![Lelaki curi telefon bimbit maut dipukul Lelaki curi telefon bimbit maut dipukul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/81369565398_295x200.jpg)
Lelaki curi telefon bimbit maut dipukul
Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM)hari ini.
![Lorong pejalan kaki bagi 'zombie telefon bimbit' diwujudkan di China Lorong pejalan kaki bagi 'zombie telefon bimbit' diwujudkan di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/61410960543_295x200.jpg)
Lorong pejalan kaki bagi 'zombie telefon bimbit' diwujudkan di China
Dua laluan diasingkan dengan garisan putih yang bertulis "telefon bimbit - berjalan di lorong ini atas risiko anda sendiri" dan satu lagi lorong "tidak menggunakan telefon bimbit-.
![Guna kasut untuk mengecas telefon bimbit Guna kasut untuk mengecas telefon bimbit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/41402405797_295x200.jpg)
Guna kasut untuk mengecas telefon bimbit
Seorang pelajar sekolah menengah di Filipina, tampil dengan idea bijak apabila dilaporkan berjaya menghasilkan tenaga dari sepatu.