KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51 peratus muka baharu dicalonkan Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya itu pada 12 Ogos depan.
Daripada 45 calon yang disenaraikan, 23 merupakan muka baharu termasuk calon muda daripada golongan profesional dan ahli korporat.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kesemua calon yang disenaraikan itu merupakan pelapis dalam parti untuk bergerak pada masa depan.
"Pemilihan kesemua muka baharu itu merupakan proses peralihan parti untuk terus ke depan. Sepatutnya lebih ramai yang kita tukar tetapi orang baharu tiada pengalaman.
"Kami sebagai orang lama akan membimbing calon ini sebagai pelapis," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengisytiharan calon PRU Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di sini pada Khamis.
Jelas beliau, daripada jumlah itu juga, terdapat lima calon muka baharu yang terdiri daripada pengamal undang-undang.
"Kesemua mereka juga merupakan orang muda yang diletakkan dalam kategori profesional," katanya.
Bagaimanapun, Mohd Amar memberitahu, pemilihan kesemua mereka bukan berdasarkan kerjaya berkenaan tetapi penglibatan dalam parti dan diterima di peringkat DUN.
"Kita tiada kuota khusus berkaitan kerjaya calon. Secara kebetulan, kesemua mereka mempunyai latar belakang dalam bidang undang-undang," katanya.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri Datuk Ahmad Yakob mengumumkan kesemua 45 calon melibatkan 39 calon daripada Pas manakala enam lagi daripada Bersatu.
Lima calon muka baharu dalam bidang undang-undang ialah Nik Asma' Baharum Nik Abdullah (DUN Chempaka), Zameri Mat Nawang (DUN Jelawat), Zubir Abu Bakar (DUN Mengkebang), Ahmad Zakhran Mat Noor (DUN Kemuning) dan Wan Rohimi Wan Daud (DUN Melor). - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 28 2023

Mohd Amar berucap ketika Majlis Pengisytiharan calon PRU Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-15 di Kota Bharu malam tadi. - Foto Sinar Harian

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Saya tak pernah bercita-cita jadi MB - Mohd Nassuruddin
Bagaimanapun, ADUN Meranti itu berkata, beliau terima jawatan tersebut sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul.

Fadzli MB, Nassuruddin TMB baharu Kelantan?
Takiyuddin berkata, ada dua nama yang akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Isnin bagi mendapat perkenan.

MB baharu Kelantan perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan Pusat
Menteri Besar Kelantan yang baharu perlu berintegriti dan menjalin hubungan yang baik dengan kerajaan Pusat demi kesejahteraan rakyat.

PRN: Serangan terhadap saya dibuktikan dengan pertambahan majoriti - Mohd Amar
Kemenangan Datuk Mohd Amar Abdullah dengan majoriti yang bertambah membuktikan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan itu masih diterima oleh sebahagian besar penyokong Pas dan pengundi.

PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).

PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.

PRN: Dakwaan gaduh dengan Takiyuddin, Mohd Amar tegaskan mengarut
Mohd Amar menafikan beliau bergaduh dengan Takiyuddin berkaitan keputusan parti itu yang mahu membuat perubahan jawatan menteri besar Kelantan dan timbalan.

PRN: Pertukaran MB Kelantan, timbalan kerana mahu semangat baharu - Abdul Hadi
Presiden Pas berkata keputusan untuk menukar Menteri Besar Kelantan dan timbalannya dibuat kerana inginkan semangat baharu di negeri itu.

Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.

PRN: Mohd Amar enggan ulas isu tukar MB, Timbalan MB Kelantan
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah enggan memberi sebarang komen berkaitan keputusan Pas melakukan perubahan jawatan menteri besar dan timbalannya.