KOTA BHARU: Pas Kelantan telah menghantar senarai nama lebih 100 calon yang berkelayakan bagi mewakili parti itu untuk bertanding di 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Setiausaha Pas Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata setiap DUN telah menghantar antara tiga hingga lima nama calon kepada pimpinan parti peringkat negeri.
"Dalam senarai itu ada juga dihantar nama penyandang kerusi DUN. Kita tidak mensyaratkan jumlah calon tetapi purata setiap DUN menghantar antara tiga hingga lima nama.
"Senarai nama itu telah dibawa untuk tapisan di peringkat Majlis Syura Pas," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Roslan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri berkata dalam senarai nama yang dihantar itu, Pas meletakkan calon yang terdiri daripada pelbagai bidang pekerjaan seperti teknokrat, profesional dan ulama.
"Dalam senarai nama yang dihantar ada kira-kira 30 peratus calon muka baharu. Senarai itu turut meletakkan calon wanita," katanya.
Ketika ditanya jika ada penyandang yang tidak akan mempertahankan kerusi pada PRN nanti, Wan Roslan mengakui ada yang menawarkan diri untuk tidak bertanding namun beliau tidak mendedahkan nama ADUN terbabit.
Sementara itu Wan Roslan turut mengesahkan Pas akan bertanding di 39 kerusi DUN manakala rakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu akan menentang Barisan Nasional (BN) di enam kerusi.
Pas menguasai DUN Kelantan dengan 37 kerusi, Barisan Nasional (tujuh) dan Bersatu (satu).
DUN Kelantan akan dibubarkan esok bagi memberi laluan kepada PRN dalam tempoh 60 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023

Wan Roslan berkata setiap DUN telah menghantar antara tiga hingga lima nama calon kepada pimpinan parti peringkat negeri. - Gambar fail

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Saya tak pernah bercita-cita jadi MB - Mohd Nassuruddin
Bagaimanapun, ADUN Meranti itu berkata, beliau terima jawatan tersebut sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul.

Fadzli MB, Nassuruddin TMB baharu Kelantan?
Takiyuddin berkata, ada dua nama yang akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Isnin bagi mendapat perkenan.

MB baharu Kelantan perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan Pusat
Menteri Besar Kelantan yang baharu perlu berintegriti dan menjalin hubungan yang baik dengan kerajaan Pusat demi kesejahteraan rakyat.

PRN: Serangan terhadap saya dibuktikan dengan pertambahan majoriti - Mohd Amar
Kemenangan Datuk Mohd Amar Abdullah dengan majoriti yang bertambah membuktikan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan itu masih diterima oleh sebahagian besar penyokong Pas dan pengundi.

PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).

PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.

PRN: Dakwaan gaduh dengan Takiyuddin, Mohd Amar tegaskan mengarut
Mohd Amar menafikan beliau bergaduh dengan Takiyuddin berkaitan keputusan parti itu yang mahu membuat perubahan jawatan menteri besar Kelantan dan timbalan.

PRN: Pertukaran MB Kelantan, timbalan kerana mahu semangat baharu - Abdul Hadi
Presiden Pas berkata keputusan untuk menukar Menteri Besar Kelantan dan timbalannya dibuat kerana inginkan semangat baharu di negeri itu.

Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.

PRN: Mohd Amar enggan ulas isu tukar MB, Timbalan MB Kelantan
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah enggan memberi sebarang komen berkaitan keputusan Pas melakukan perubahan jawatan menteri besar dan timbalannya.