KUALA TERENGGANU: Biarpun gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) baru sahaja dipalu dan gelanggang pertarungan dibuka pagi ini namun bahang pilihan raya di Terengganu telah mula dirasai lebih dua minggu yang lalu.
Di kebanyakan tempat, perang bendera khususnya di antara 'dacing' dan 'bulan' sudah bermula dan dijangka semakin rancak selepas 66 calon termasuk seorang calon bebas akan berentap bagi merebut 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah disahkan penyertaan dalam proses penamaan calon hari ini.
Turut 'menyelit' dalam kemeriahan PRN kali ini ialah calon PKR dan Pas iaitu Azan Ismail serta Datuk Ahmad Amzad Hashim yang akan bertanding di atas platform Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Berdasarkan data pencalonan yang diumum Suruhanjaya Pilihan Raya, sebanyak 30 kerusi DUN Terengganu bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu manakala dua lagi iaitu DUN Bandar dan DUN Hulu Besut menampilkan tiga calon sekali gus memberi lebih pilihan kepada pengundi di kawasan terbabit.
DUN Bandar menyaksikan pertembungan di antara Ustaz Ahmad Shah (Pas), Armi Irzan Mohd (BN-UMNO) dan Luqman Long (MUDA) manakala DUN Hulu Besut menampilkan seorang calon Bebas dikenali sebagai Dr Cikgu Che Harun Kamariah, Datuk Nawi Mohamad (BN-UMNO) serta Mohd Husaimi Hussin (PN-Bersatu)
Berbekalkan rekod 930,894 pemilih layak mengundi di seluruh negeri termasuk sejumlah 64,264 yang berumur 18 hingga 20 tahun, kedudukan Terengganu sebagai 'swing state' menyukarkan ramalan parti mana bakal mendominasi PRN kali ini.
Mengakui berhadapan saingan sengit di beberapa kerusi, Naib Presiden Pas Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, yang juga penyandang kerusi DUN Ru Rendang, berkata pihaknya akan mengatur gerak kerja secara optimum bagi memastikan 'bulan purnama' terus menerangi Terengganu.
"Kita sudah menyusul dengan strategi yang lebih sikit di kerusi-kerusi itu (yang ada saingan sengit)... Tapi saya tidak mahu sebut kerusi mana yang bagi saingan lebih itu," katanya yang bersaing dengan Suhaimi Sulaiman (PH-Amanah).
Beliau berkata semua calon Perikatan Nasional (PN) di Terengganu sepakat untuk menggunakan logo 'bulan' dan akan dilabel dengan aksara Pas dalam kertas undi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, yang merupakan penyandang kerusi DUN Kijal, turut berdepan saingan satu lawan satu menentang Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Datuk Rozali Idris (PN-Bersatu).
Ahmad, yang optimis mampu mempertahan kerusi DUN itu, berkata pengundi kini mula memahami senario politik dan beliau yakin Gelombang Biru mampu kembali menguasai Terengganu dan merampasnya daripada Pas.
"Setelah tewas pada pilihan raya yang lepas, inilah masa yang terbaik untuk BN bangkit serta menebus kembali kekalahan lalu... saya yakin dengan calon-calon gabungan muka baharu dan lama mampu memenangkan BN Terengganu," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, BN tewas selepas hanya mampu meraih 10 kerusi DUN manakala Pas menang selesa dengan 22 kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023

Bendera parti bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) mula dipasang bagi menghangatkan suasana semasa tinjauan di Pasir Panjang, hari ini. - Foto BERNAMA
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Dewan Terengganu bersidang tanpa pembangkang
Ia berikutan kemenangan Perikatan Nasional yang menyapu bersih semua kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri, Ogos lepas.

Kerajaan Persekutuan diminta teruskan kerjasama baik dengan Terengganu - Pas
Kerajaan Persekutuan boleh dianggap 'bapa' yang masih perlu beri bantuan dan perhatian kepada negeri-negeri yang dianggap sebagai 'anak'.

Ahmad Samsuri angkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu
Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua hari ini.

Sikap 'abang besar' punca PH-BN kalah di Terengganu - Raja Bahrin
Raja Kamarul Bahrin meluahkan rasa kecewa apabila gabungan PH-Barisan Nasional (BN) gagal memenangi sebarang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada pilihan raya negeri (PRN).

PRN: Kerjasama dengan Pusat akan dijalin secara matang - Ahmad Samsuri
Walaupun Terengganu tiada wakil parti pembangkang yang sealiran dengan kerajaan Persekutuan, ia bukan halangan untuk mewujudkan jalinan kerjasama secara baik.

Ahmad Zahid perlu letak jawatan - Idris Jusoh
Idris Jusoh mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kekalahan besar dialami Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).

PRN: Tiada pembangkang, Terengganu akan wujud 'backbenchers'
Terengganu akan mewujudkan ahli backbencher (penyokong) yang akan berperanan menegur setiap kepincangan serta bertindak sebagai semak dan imbang dalam pentadbiran negeri.
![[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal [RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691850822_AhmadSaid.jpg)
[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal sejak 1990, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
![[RASMI] PRN: Ahmad Samsuri pertahan kerusi Ru Rendang [RASMI] PRN: Ahmad Samsuri pertahan kerusi Ru Rendang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691848950_AhmadSamsuriMokhta.jpg)
[RASMI] PRN: Ahmad Samsuri pertahan kerusi Ru Rendang
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu untuk dua penggal berturut-turut.

PRN: Polis Terengganu terima empat laporan MyKad diguna individu lain
Polis Terengganu mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan kad pengenalan (MyKad) digunakan individu lain di pusat mengundi di Marang dan Kuala Terengganu.