KUALA NERUS: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bukan 'polis' untuk memantau penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, kata menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Katanya kementerian malah memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik, namun mereka diingatkan agar memahami limitasi tertentu yang perlu diberi perhatian.
"KPT bukan anggota polis. Kita beri mereka (mahasiswa) kebebasan dan tidak pernah mengongkong untuk terlibat dengan politik... tidak kisah mana-mana parti politik sekalipun, namun jangan bawa politik kepartian ke dalam kampus.
"Di luar sana, terpulang kepada mereka sama ada mahu bertanding atau berkempen sekalipun. Lagi pula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah banyak kali dipinda," katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, hari ini.
Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan kelewatan pembayaran Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) kepada mahasiswa sehingga melepasi semester, beliau berkata KPT akan melakukan semakan lanjut berhubung perkara itu.
"Secara asasnya semua penuntut OKU yang disahkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) layak mendapat bantuan. Isu lambat itu kita akan baiki, saya akan semak," katanya.
Terdahulu, tular kenyataan oleh wakil Mahasiswa OKU Di Institusi Pendidikan mendakwa kelewatan KPT dalam menyalurkan BKOKU yang berbentuk bantuan wang saku dan yuran pengajian sehingga menjejaskan perbelanjaan mereka.
Mengenai lawatannya hari ini pula, Khaled berkata beliau menyokong penuh usaha UMT dalam menubuhkan ASEAN Fisheries Education Network iaitu rangkaian universiti dalam kalangan negara ASEAN yang terlibat dalam bidang perikanan.
Katanya penubuhan itu bukan sahaja membolehkan perkongsian penyelidikan dalam kalangan universiti, malah berpotensi untuk melakukan kolaborasi bersepadu dengan pihak luar selain daripada ASEAN khususnya dalam bidang perikanan dan kelautan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercakap kepada media semasa mengadakan lawatan rasmi di Universiti Malaysia Terengganu hari ini. - Foto BERNAMA

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Pangkalan data komprehensif sedang dibangun himpun penyelidikan universiti
Selepas ini, sebarang penyelidikan dan inovasi dihasilkan universiti dapat dimanfaat untuk kebaikan bersama.

Pensyarah digesa tidak keluar kenyataan di luar kepakaran, elak kekeliruan - Zambry
KPT menggesa pensyarah tidak mengeluarkan kenyataan di luar bidang kepakaran bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Tiada arahan larang IPTA sertai program anjuran negeri pembangkang - KPT
KPT tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang mana-mana IPTA terlibat dengan sebarang program dianjurkan kerajaan negeri pembangkang.

PRN: KPT bukan 'polis' pantau mahasiswa berpolitik - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi bukan 'polis' untuk memantau penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

KPT tak minat jadi 'polis universiti' - Mohamed Khaled
KPT tidak berminat untuk menjadi 'polis universiti' dengan mengawal polisi dan dasar pendidikan di Universiti.

KPT nafi penglibatan penganjuran sidang media G70
Menurut KPT, kumpulan itu bukanlah representasi rasmi kakitangan akademik atau profesor daripada insitusi pengajian tinggi (IPT).

Program 'SULUNG' diperluas mulai tahun depan, sasar 200 pelajar - Noraini
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal meluaskan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) melibatkan seluruh Universiti Awam mulai tahun hadapan.

KPT harap inisiatif dalam Bajet 2023 dapat diteruskan
Ia bagi menjaga kebajikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Bajet 2023: KPT bukti pelaburan terbaik bina masa depan pelajar - Noraini
Peruntukan Bajet 2023 untuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebanyak RM15.1 bilion dan meningkat sebanyak 4.25 peratus berbanding RM14.5 bilion pada tahun lalu.

KPT pastikan lebih banyak premis untuk penyewaan tersenarai dalam portal RSS
Kementerian Pengajian Tinggi akan terus memantau pentadbiran Portal Rumah Sewa Siswa (RSS) bagi memastikan lebih banyak premis untuk penyewaan tersenarai dengan kadar mampu milik.