SEREMBAN: Masyarakat perlu memainkan peranan dalam membantu mengawal penyebaran ucapan berbaur kebencian serta naratif 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja khususnya di platform media sosial sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata jika terdapat hantaran atau kandungan yang mengandungi elemen berkenaan, masyarakat perlu melaporkannya kepada penyedia platform terbabit supaya ia tidak tersebar secara meluas.
"Rakyat memainkan peranan penting. Semua platform media sosial memang ada butang (lapor), jadi kalau mereka rasa ada ucapan atau kandungan melibatkan 3R, saya menggesa rakyat melaporkan hantaran tersebut kepada penyedia platform supaya mereka boleh mengambil tindakan sewajarnya," kata beliau.
Teo berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Mega Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang di pekarangan Bilik Gerakan Pakatan Harapan DUN berkenaan di sini hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini dilaporkan berkata polis tidak akan berkompromi berkaitan isu 3R dan mana-mana pihak yang didapati terlibat akan diambil tindakan berdasarkan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata jika terdapat hantaran atau kandungan yang mengandungi elemen berkenaan, masyarakat perlu melaporkannya kepada penyedia platform terbabit supaya ia tidak tersebar secara meluas. - BERNAMA

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.

Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.

PRN: Masyarakat berperanan kawal sentimen 3R dalam tempoh kempen
Teo Nie Ching berkata, masyarakat perlu melaporkannya kepada penyedia platform terbabit supaya ia tidak tersebar secara meluas.

PRN: Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak sebar sentimen 3R - Fahmi
Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikan tanpa mengira daripada mana-mana kumpulan.