MELAKA TENGAH: Jika Barisan Nasional (BN) itu parti yang ekstrem, tidak mungkin ia bertahan selama 61 tahun mentadbir negara ini, tegas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Bekas Menteri Besar Johor itu dalam catatan terbaharu di Facebooknya berkata, ia berbeza dengan Pas yang tidak pernah menang besar dalam mana-mana pilihan raya umum, kerana pada orang Melayu dan Islam, Pas sebenarnya parti yang ekstrem.
Katanya lagi, Pas kelihatan sederhana hari ini bukan kerana ideologi dan pendekatan politiknya, tetapi terpaksa berbuat demikian demi terus bersama dengan Kerajaan.
“Sebuah portal hari ini melaporkan kenyataan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang dipetik berkata, Perikatan Nasional (PN) adalah satu pakatan kesederhaan yang ditubuhkan sebagai ‘perikatan menentang parti-parti ekstrem’.
“Memandangkan BN adalah parti yang tidak berada dalam pakatan tersebut, secara tidak langsung beliau turut bermaksud bahawa BN adalah parti yang ekstrem.
“Sudah tentu pandangan sebegini tidak benar. BN bukan parti yang ekstrem atau menyokong ekstremisme. Jika tidak, mana mungkin selama 61 tahun rakyat Malaysia memilih BN dan bukannya Pas. Saya rasa semua orang tahu jawapannya,” katanya lagi.
Mohamed Khaled berkata, sepanjang kewujudannya, BN kekal dengan pendirian mendukung kepelbagaian Malaysia. Kerana itu BN tidak pernah menyertai pelbagai perikatan lain untuk kononnya tampak sederhana.
Beliau berkata, melihat rekod Pas pula, perikatan politik mana yang ia tidak pernah sertai untuk melunakkan persepsi radikalnya, termasuklah merangkul erat DAP sebagai sekutunya.
“Jadi apabila parti di luar pakatan yang disertai Pas dilabel sebagai parti ekstrem, maka saya teringat bidalan orang tua-tua, "Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih".
“Kepada Pas dan PN, BN ada kelemahannya. Namun kelemahan BN bukannya kerana ia parti yang ekstrem,” katanya lagi.
Mohamed Khaled menegaskan, sekali pun BN itu mungkin ada sisinya yang ‘ekstrem’, ekstrem BN itu bersebab dan berasas.
Katanya lagi, BN ekstrem mempertahankan kemajmukan Malaysia, menentang mereka yang ‘khianat’ pada mandat rakyat dan meludah demokrasi dengan melompat sesedap rasa, dan BN ekstrem mengembalikan demokrasi dan memulihkan Malaysia dengan sebaiknya.
“Kepada ‘perikatan menentang parti yang ekstrem’ itu, Alhamdulillah, akhirnya anda menyedari bahawa Malaysia ini majmuk dan sederhana. Tetapi kalau di hulu airnya keruh, tidak dapat tidak, di hilirnya keruh juga,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat Nov 13 2021
Mohamed Khaled berkata, Pas cuba kelihatan sederhana hari ini bukan kerana ideologi dan pendekatan politiknya berubah, tetapi demi terus bersama dengan Kerajaan. - Foto BERNAMA
Krisis sebenar adalah pada kepimpinan, bukan perubahan iklim - Jemilah
Krisis sebenar dihadapi dunia terletak kepada kepimpinan yang gagal membuat keputusan dan tindakan bermakna untuk menangani isu perubahan iklim.
SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.
Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.
Abang Johari cadang pertubuhan Melayu wujudkan dana amanah
Premier Sarawak cadang pertubuhan Melayu di Sarawak mewujudkan dana amanah bagi memelihara dan menguruskan hartanah milik orang Melayu di negeri itu.
Syarikat logistik Malaysia digesa teroka peringkat serantau - Liew
Syarikat Malaysia, terutamanya yang berkecimpung dalam sektor logistik, perlu meneroka ke peringkat serantau dengan pendekatan keseluruhan kerajaan untuk menjadi jaguh antarabangsa.
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
NRES siasat dakwaan tanah pusaka dijual pihak tidak dikenali - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan siasat dakwaan sebuah keluarga kerugian RM500,000 apabila tanah pusaka diwarisi mereka dijual pihak tidak dikenali.
MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025
Hala tuju harga minyak sawit pada 2025 akan banyak bergantung kepada dinamik bekalan eksport dari Malaysia dan Indonesia, bersama-sama dengan peralihan dasar di Amerika Syarikat dan Indonesia.
MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.