MELAKA: Parti teras masih lagi relevan untuk politik Malaysia bagi memastikan kestabilan politik negara ini, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mohamed Khaled berkata ketiadaan parti teras akan menyebabkan ketidaksetiaan kepada parti dan berlaku lompat melompat sehingga sukar mengawal kestabilan politik negara atau negeri.
"Kedua kalau tiada parti teras banyak sangat 'bargaining' (tawar-menawar), banyak sangat 'give and take' (tolak-ansur) sehingga perkara yang sangat penting berasaskan perjuangan pada parti tak boleh nak dilaksanakan sebab tiada parti teras.
"Atas sebab itulah UMNO (pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu bertanding lebih dari 14 atau 15 kerusi supaya boleh menjadi parti teras, tiada parti teras tiada kestabilan, ini rakyat Melaka kena tentukan, kalau ikutkan UMNO kalah PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14), tetapi tidak mati, jadi pilihlah UMNO," katanya dalam rancangan "Gegau Melaka" yang disiarkan dalam Facebook BN COMMS di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan Barisan Nasional (BN) cuba menjadi "Abang Besar" pada PRN Melaka sehingga membuat keputusan bertanding bersendirian pada PRN kali ini.
Mohamed Khaled berkata tindakan BN bertanding bersendirian bukan hendak menjadi "Abang Besar" tetapi untuk mengembalikan politik dan Kerajaan Negeri Melaka khususnya dan negara secara amnya melalui pendekatan parti politik teras.
Pada PRN Melaka yang dijadual 20 Nov ini BN bertanding di 28 kerusi dengan pembahagian UMNO bertanding di 20 kerusi, tujuh diwakili MCA dan satu kerusi MIC.
Daripada jumlah itu, 24 calon atau 86 peratus adalah calon muka baharu dengan hanya mengekalkan empat penyandang.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata BN menggunakan pendekatan "3K" dalam memberi kepercayaan kepada calon muda iaitu "kualiti", "kepelbagaian dan kemajmukan" serta "kerja keras".
"Bagi BN kualiti tiada kompromi, dengan meletakkan calon berkualiti kita dapat memenuhi hasrat pengundi.
Bagi kepelbagaian dan kemajmukan kita tawarkan kepelbagaian dari segi kaum, usia dan latar belakang, dan sifir 'kerja keras' adalah penting bagi memastikan calon sentiasa sedia berkhidmat kepada masyarakat, walaupun kalah, tapi UMNO tetap jalan," katanya.
Mohamed Khaled berkata semua calon juga perlu berpaksi kepada matlamat kewujudan UMNO iaitu didahului dengan amal bakti dan dan kedua baharulah politik.
"Kalau tidak berpegang pada matlamat, kalau UMNO kalah dah lama habis, tapi UMNO masih kekal kerana semua ahli dilatih sedar keadaan masyarakat dan fikir bagaimana nak selesaikan masalah rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021

Mohamed Khaled (kiri) bersama Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) dan calon BN bagi DUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menunjukkan Manifesto BN bagi PRN Melaka 2021 pada sidang media semalam. --fotoBERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.

Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.