MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan Pasukan Cantas Khas dalam usaha menyekat unsur gangsterisme sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Beliau berkata PDRM juga memberi amaran keras kepada mana-mana parti politik bertanding supaya mengikut arahan dan peraturan ditetapkan oleh Suruhanjaya Piliharan Raya (SPR) selain tidak membawa penyokong ke pusat penamaan calon.
"Tindakan tegas akan diambil jika didapati terdapat perhimpunan, perarakan dan sebarang aktiviti yang melanggar Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988)," katanya pada sidang media khas di sini semalam.
Hadir sama Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali dan Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah.
Abd Jalil berkata PDRM juga akan awal-awal mencantas mana-mana pihak yang cuba untuk membibitkan kes yang boleh menggugat ketenteraman semasa penamaan calon, semasa berkempen, hari mengundi dan juga selepas pengumuman kemenangan calon.
"Selain itu pasukan akan berada di Melaka ini seminggu selepas kemenangan atau keputusan diumumkan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam daripada elemen-elemen gangsterisme ini.
"Biarpun tiada lagi unsur gangsterisme dilaporkan setakat ini, polis akan sentiasa mengambil langkah proaktif dalam mengekang aktiviti negatif ini dan ingin tegaskan, kami akan mencantas sehabis-habisnya jika ada pihak pihak yang akan menggunakan elemen-elemen gangsterisme dalam PRN," katanya.
BACA: LAPOR LANGSUNG PRN Melaka berlangsung dalam norma baharu
Abd Jalil berkata PDRM menempatkan seramai 238 anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan kontinjen lain yang ditempatkan di negeri ini.
"Daripada jumlah itu 32 kumpulan kecil dibentuk dan akan sentiasa bergerak dari semasa ke semasa selain bertindak sebagai serampang dua mata dalam menentukan perjalanan semua kaedah-kaedah PRN mengikut peraturan dan undang-undang," katanya.
Beliau berkata antara undang-undang yang berkaitan PRN adalah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957, Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturan-peraturan berkaitan pilihan raya.
Sementara itu Abdul Majid berkata polis juga menempatkan enam pasukan bersepadu yang turut dianggotai penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap parlimen semasa proses penamaan calon berlangsung hari ini bagi memantau sebarang aktiviti yang melanggar Akta 342.
Beliau berkata kewujudan pasukan itu adalah satu pendekatan baharu seiring proses pilihan raya yang berlangsung dalam norma baharu dalam menguatkuasakan peraturan dan mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar akta berkenaan di samping satu pasukan pemantauan polis yang turut ditempatkan di 28 pusat penamaan.
Abdul Majid berkata pasukan bersepadu itu akan memastikan tiada pelanggaran mana-mana peraturan di bawah Akta 342, manakala pasukan pemantau pilihan raya itu akan mengambil tindakan berkaitan dengan Akta Pilihan Raya.
Katanya, pasukan bersepadu ini juga merupakan pasukan induk dan akan bergerak dari satu pusat penamaan calon ke satu pusat penamaan calon, sekiranya ada pelanggaran dilakukan, mana-mana pasukan pemantau akan melaporkan kepada pasukan induk ini untuk diambil tindakan.
"Tujuan penubuhan team(pasukan) bersepadu ini juga adalah untuk memberi keadilan dan untuk mengelakkan sebarang tohmahan yang mengatakan pihak penguatkuasaan mengambil tindakan tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 07 2021

Abd Jalil bercakap pada sidang media berkenaan Op Pilihan Raya Negeri Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, 7 Nov. 2021. --fotoBERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.

Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.